Februari 19, 2014

BOYFRIEND TERSEPIT!!!

Assalamualaikum....



Pagi tadi, macam biasa hantar Ian sekolah. Ian memang turun sendiri dari kereta dan masuk sendiri ke kindy. Saya tak payah teman, katanya. Perasan dah besar lah tu.

Tapi pagi ini ada accident sikit. Waktu tutup pintu kereta, jari Ian tersepit. Nasib baik saya yang memang perhatikan dia nampak. Laju je saya buka pintu kereta dari dalam kereta. Muka Ian dah nangis dah. Terus saya suruh Ian masuk kereta.





Gosok-gosok sikit tangan sambil bacakan Al Fatihah. Pujuk dia. sepuluh minit saya teman Ian dalam kereta. Dia nangis perlahan je. Bila ditanya, sakit sangat ke? Ian angguk kepala. 

Ian ni jenis kalau sakit dia tak kecoh nangis macam abang dia  yang kalau sakit nangis satu kampung dengar. Ian jenis tabah dan berdikari. Syndrome anak kedua? Kalau setakat sakit sikit-sikit tu dia diam je. Baguslah kita pun tak stress. Tapi yang kurang bagusnya, takut dia sakit tapi kita tak tahu.

Lepas Ian ok, saya temanlah hantar dia masuk kelas. Mula-mula rasa nak hantar Ian balik rumah je tak payah pergi sekolah hari ini. Tapi bila fikir balik, nanti dia jadi manja, sakit sikit tak pergi sekolah. So, hantar jugaklah. Nasib baik Ian nak pergi sekolah.

Sian Ian, nanti insyaAllah mama belanja ais krim k. Hugs!!!


20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ala siannya lan, balik school nanti mama belanja aiskrim..

Anum berkata...

ala cian dia

Asha Lya berkata...

kesian ian..mcm mana boleh tersepit

Kasih Juju berkata...

siannye..mama, nak aiskrim jugak ;D

Unknown berkata...

good boy Ian!anak buah nana no.2 tu kalau nangis tak kira apa dah,hihi...moga cepat sembuh ye Ian..

Linda berkata...

alahaiii siannya, tersepit pintu kereta sikit pun tapi mmg sakit tau. pasal 2nd child syndrome tu mmg betullah Msred...anak saya yg no2 tu pun sama, kita pulak yg risau

Kak iman berkata...

mcm tu..iman pon tgn tersepit boleh tak akk blnje aiskrim

Encik Suami berkata...

tadika KEMAS mana?
umur brp tahun?

anak say apun tadika KEMAS jugak.

Mummydearie berkata...

Alahai kesiannya, Ian! Tapi bagus juga tak riuh sekampung walaupun rasanya sakit juga tu tersepit jari kat pintu kereta.

Unknown berkata...

ms red seksinye iklan pompuan pakai bra tu..

Izwa Kamaruddin berkata...

alahaiii..sian nyer dia..

aizamia3 berkata...

alolo.. ciannya dia.. takpe sikit je tu lan.. ;) lepas dah jumpa kengkawan lupalah sakit tu.. tapi balik nanti jangan lupa mintak ice cream kat mama ye.. hehehe.. ;)

Unknown berkata...

siannya lan
anak lelaki kena kuat tau
nanti blik sekolah dpt mkn eskrem^^

Unknown berkata...

alah cian nya..nnti mama belanje eskrem..;)

syawalsimpsons berkata...

alahai kesiannya..

Syira Lokman berkata...

siannyee dieeee...nsib baik tak meraungg

Zaza Abdul Latif berkata...

keciannya hero kecik msred.. gud boy mmg tak nangis kan. nnt tuntut kat mama awak askrem yer ;P

Unknown berkata...

mostly anak kedua mcm tuu. semoga lan jadi anak yang soleh .amin :)

NrlAidaHml berkata...

nasib baik Ian kuat..nasib baik jugak Ian tahan sakit..Alhamdulillah tak teruk..

Encik Suami berkata...

anak 5 tahun ker 6 tahun?
anak saya tadika KEMAS sepang.

ALL TIME FAVOURITE