Februari 28, 2014

BILA BOYFRIEND SEDIH

Assalamualaikum....


Kisah semalam. The day before, Ian ada bagi tahu saya, waktu dia balik sementara tunggu wan datang ambil, Ian main kat playground sekolah. Ian tunggu turn nak main buaian. Tapi budak yang sedang main tu tak turun-turun sampailah wan datang. So Ian sedih sebab tak dapat main.

Semalam saya MC, so berkesempatan nak jemput Ian di kindy. Dari luar saya nampak Ian sedang tunggu tepi buaian, ada budak lain sedang main. Saya perhatikan saja dari luar. Ian tak sedar saya datang. Ian diri je sebelah buaian tu, tunggu budak sedang main tu turun. Kesian tengok muka Ian time ni. Mesti dia harap sangat budak tu turun dari buaian supaya dia dapat main.




After 5 minutes, baru saya masuk kindy. Bila Ian perasan saya datang, dia panggil saya pergi kat buaian. Dia tak nak balik lagi, nak juga tunggu buaian tu. Saya pun temankan Ian. Budak tu nampak saya, dia turun dari buaian. Saya  tak suruh dia turun pun, atau buat muka garang kat budak tu. Dia sendiri yang nak turun. Ian pun dengan lajunya terus naik.

Akhirnya dapat jugak dia naik. Suka betul dia masa tu. 





Sementara tunggu Ian main buaian, Iman pun join lah. Tak kan nak tunggu je. Lama juga saya tunggu dia orang main. Padahal kepala mata ni rasa nak cari bantal saja. Penangan ubat, mengantuk saja.



Mak mak ni kalau dapat buat anak dia happy, memang rasa teruja. Dan rasa sedih kalau tahu anak dia tak happy. Sanggup tunggu tengah panas tu time tak sihat semata-mata nak tengok anak kita senyum.



16 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

so hensem :)

Asha Lya berkata...

eh eh sian ian yer sanggup tunggu semata nak main buai

Fazlina Ridzwan berkata...

kita mak² nie memg camtu...misi utama nak bg anak & somi hepi jaa...kannnn...

ayunidati berkata...

teruja mereka ya... anak saya pantang nampak jugak buaian ni..

Azlia Bashir berkata...

Sebagai ibu sanggup buat apa saja untuk anak kita..janji diorang happy..

aizamia3 berkata...

eemm.. itulah rasa kesian kan tengok dia nak main tapi tak dapat.. nak pulak kita ternampak situasi macam tu..

Unknown berkata...

bf pun happy jgk tu..mummy temankan main :)

Farah Waheda Wahid berkata...

bagus Ian beri ruang dan peluang kepada orang lain dulu, kecik2 dah nampak sifat mengalah dia tu kak...thumbs up.... salam jumaat kakakku sayang....

el berkata...

penyabar Ian..lau anak iols danish tu
mau je dia ckp..cepatlah saya nak naik buai jugak hahahaha
betul tu..mak mak mmg lau boleh nak menghepikan anak2..sggup hehe

Zaza Abdul Latif berkata...

siannya Ian.. tak apa pengorbanan emak satu ibadah..
terbaiklah kakak :)

sdk berkata...

sanggup berkorban utk anak, kalau bukan kita, siapa lagih nak jaga anak kita kan.

Mummydearie berkata...

Betul tu Msred. Anak punya pasal, lain-lain hal penting sanggup diketepikan. Kesian pulak tengok Ian. Nasib baik dapat juga main buaian tu walaupun kena tunggu 2 hari. Yalah, budak-budak bila dah excited bermain tak mau bagi chance kat kawan-kawan yang lain. Kalau nasib yang prihatin tu, oklah dapat merasa. Kala dah si dia pun excited sangat, nasiblah kena tunggu lama macam si Ian nih...

Unknown berkata...

BETUL LA kak iza.. mak mestilah nk buat anak happykan...

Unknown berkata...

bahgia dunia saya kalau ada bf macam nih hehehe

Pha Is berkata...

agaknya nnti bila saya dah ada anak, itu yg akan saya rasa..

mimie farid berkata...

beauty feeling bila jadi mak gitu. hehehe.

ALL TIME FAVOURITE