Jun 30, 2011

STICKY : LIST FOLLOWER

Hello you alls,

Msred baru jer buat list blog follower msredcheesecake.blogspot kat Menu atas under title FRENZ tu. Minta maaf kalau ada yang tak da dalam senarai sebab ada banyak profile followers yang tak de link ke blog. Kalau ada link ke blog mesti msred senaraikan. 

Kalau ada yang profile memang dah ada link ke blog tapi tak de dalam senarai, itu silap msred, msred terlepas pandang. Minta maaf bayak-banyak. Leave a message here, nanti msred update list followers blog msred yea.


Kalau ada salah silap dimana-mana, sorry sesangat. Janganlah sampai tanak kawan ngan msred yea. Babab msred cukup lah....

BOLEH MUAT KE?

Salam you alls,

Sudah lunch? Ada yang belom ke? Sian nya. Heeee...

Tadi msred lunch kat Pizza Hut SACC Mall, Shah Alam bersama office mate msred yang suka makan jugak macam msred. Heehheee...Best tau ada kawan yang suka makan jugak macam kita. Kalau nak ajak makan yang best-best, senang jer. Tak de la kata nak diet ker, malas ker. Mesti nak punya, pantang ajak.

Msred order dua ni, Hut's Platters dan Seafood Lasagna. Mabeles. Office mate msred tanya ...

HUT'S PLATTER
" Ko boleh habis ke dua pinggan ni? Muat ke nak masuk perut ko?"

Msred... " Boleh la. Aku lapar ni."

Office mate... " Lantak ko lah. Makan tak hengat, pas tu bising gemuk."

Msred tersengeh jer sambil dalam hati tertanya-tanya, boleh ke msred habiskan dua pinggan ni?


SEAFOOD LASAGNA, FEVERET
Lepas habis makan, msred mintak tolong dia orang bungkus kan balance. Msred tak dapat nak habiskan Hut's Platter tu. Tadi masa order tengah lapar, rasa tamak menguasai diri, terus order dua pinggan. Tak habes....

Moral of teh story, kalau order makan time kebulur, tolong beringat yea. Jangan ikutkan nafsu.

I LIKE. YOU LIKE?

Salam you alls....

Mana satu faveret you alls....



































-Posted using BlogPress from my iPad

SARUNG TANGAN, SARUNG JARI YANG KIUT

Salam you alls,
You alls mesti tahu puppets kan? Dalam bahasa melayu, boneka. Ada dua jenis puppets yang popular, yang msred suka, that is, hand puppet dan fingger puppet.

Bukan budak-budak jer boleh main yea. Mak budak, bapak budak, anak dara, anak bujang pon boleh main. Best jer layan puppet ni kan? Ada kebaikan tau main hand atau finger puppet ni tau, especially untuk budak-budah. Meh kita tengok....

HAND PUPPET
Berikut adalah beberapa cara yang kanak-kanak belajar daripada bermain hand puppet...


Komunikasi dan Kemahiran Sosial
Dengan bermain hand puppet ni, kita boleh berlatih berkomuniksasi denganorang lain. Kita kan kalau main hand puppet ni macam berlakon bercakap dengan orang, so kita boleh practice bersosial dengan orang. Bagi yang dah tua sikit, boleh practice speaking London kan....


Kemahiran kreatif
Bermain hand puppet dapat membantu budak-budak kecik mengembangkan kemahiran kreatif dengan menggalakkan mereka menggunakan imaginasi mereka. Mereka membentuk peranan, peraturan, situasi dan penyelesaian. Dan untuk orang yang dah tua sikit ni bolehlah berlatih bersyarah ke, nasihat orang ke atau cari idea nak update blog....

FINGER PUPPET
Kemahiran bahasa
Sama ada budak-budak kecik menulis cerita mereka sendiri atau menyesuaikan salah satu buku kegemaran mereka ke dalam permainan hand puppet ni adalah salah satu cara terbaik untuk budak-budak kecik membina bacaan mereka, kefahaman dan kemahiran perbendaharaan kata, membina idea-idea mereka dengan memperkenalkan perkataan baru, mereka makna dan maklumat lain.


Kebaikan lain, kita boleh release tension tau main hand puppet ni. Kalau kita geram kat sesorang, kita bayangkan muka seseorang tu kat muka puppet tu, pas tu kita marah lah dia, maki sesuka hati. Lepaskan geram tu. Tapi jangan terover pulak sampai nak koyakkan puppet tu. Rugi lah....

Dipetik dari sini, kemudian diedit kat sini.

Jun 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : MR MAC AND CHEESE MESTI NAK DUA PORTION


KENA GELAK TIME INTERVIEW?

Salam you alls,

Dalam entry ni, YOU ALLS DAH PILIH? , msred ada mention pasal msred kena interview. Walaupun takde orang tanya pasal interview tu kecuali seorang awek ni, Cik Ezan, msred nak gak wat entry pasal interview tu.

Selasa minggu lepas, ,msred pegi interview untuk jawatan dalam jabatan admin di JPA. Msred memang nak sangat kerja kerajaan ni. Harap-harap dapat lah. 

Sebelum pergi interview tu msred ada lah buat preparation sikit. Jumpa website ni, Berita Semasa. Sangat-sangat membantu msred menghadapi temuduga ni.


Cuma, ada satu soalan tu msred dapat jawab tapi kena gelak ngan interviewer tu walaupun tak de la kelakar mana pun. Dia ajer jer nak gelakkan msred gaknye. Dia tanya siapa nama ketua Pengarah JPA. Msred pun jawablah dengan konfiden nya sebab baru semalam msred google. 

Sekali interviewer tu gelak pas tu dia cakap...

"Betullah tu. Tapi dia dah pencen. Baru jer pencen. Yang sekarang ni punya Ketua Pengarah tau?"

Hampeh tul. Msred tersengeh je la.Interviewer tu terus cakap...

"Tak pelah. Dia beru jer pencen. Biasalah kalau tak tau."

Seb baik interviewer tu kool jer.... Malu nya. Rasa muka msred dah tukar kaler merah pink gitu.....

Info pasal kerajaan ni kalau online memang selalu tak update. Tensen...

WORDLESS WEDNESDAY : FRENZ, TAB MENU UNTUK FOLLOWERS

Cer tengok kat menu atas...klick ler FRENZ tu...

WORDLESS WEDNESDAY : LACI STOCK

WORDLESS WEDNESDAY : SIAPAKAH?

Jun 28, 2011

SEKALI DIA BAGI DADA LA....

Nite nite you alls....

Cer klik ni.....   DADA ....

Tadi waktu lunch pegi la makan kepsi ngan office mate msred. Beli tapau jer. Beraturlah nak order. Bila dah order, terus balik office, nak makan kat office jer. Dengan bernafsunya, bukalah kotak kepsi tu.

Sekali dapat dapat dada la.... Lupa nak cakap kat awek amek order kat kepsi tu tanak dada. Terus potong nafsu nak melayan kepsi..... 



Sape yang rasa cam lost tu klik ler sini...heheee...  DADA ....

Msred pujuk member msred tukar suka sama suka. Nasib baik la kawan msred yang belum kawen tu sporting dan baik hati. Dia sudi tukar ngan msred.Yeeehaaaa..... Terus bernafssu balik nak makan kepsi. Layan....

ORANG KATA KALAU MIMPI DIA TANDANYA ADA ORANG NAK PINANG

Salam you alls,

Msred selalu betul mimpi dia ni. Dari zaman muda sampai la sekarang ni. Selalu jugak mimpi dia. Dah fobia dah. Setiap kali mimpi tengah tidur waktu malam, kalau terjaga msred mesti cek bawah katil kalau-kalau ada dia ni kat situ. Tak pernah ada, perasaan jer rasa cam ada. 

Tak suka mimpi dia ni, nak sebut nama pon fobia. Eeeee...tolonglah. Tamau dah mimpi dia. Dia ni la.... Jumpa tak? Ke dah hilang?


















Pernah dengar tak kalau kita mimpi dia ni membawa maksud ada orang nak pinang kita? Ada tak orang cakap cengitu kat you alls? Ada pulak yang kata, kalau mimpi dia tandanya ada orang suka kat kita. Tak tahulah.

Tapi yang pasti masa msred anak dara sunti, selalu mimpi dia tapi tak pernah kena pinang pon (kecuali mr bf jer). Mimpi banyak kali kena pinang sekali jer. 

Kenapa gak nye msred selalu mimpi dia? Macamana nak kasi tamau mimpi dia lagi? Tensen la....

LEPAS MAKAN, KUMPUL BATANG BANYAK-BANYAK

You alls,

Tau tak apa Popsicle? Tau kan? Sedap kan layan...

Tahun 1905, ada sorang budak lelaki umur 11 tahun, secara tak sengaja telah mencipta ais krim popsicle ni. Nama budak tu Frank Epperson dari San Francisco. Satu malam, Si Frank ni tertinggal segelas air soda dalam gelas dengan kayu pengacau kat belakang rumah dia. Kebetulan pulak malam tu suhu turun dibawah paras beku. So, esok pagi, Si Frank ni jumpa air soda dia dan try la nak minum tapi tak boleh sebab dah beku. Si Frank lalukan air soda beku berserta kayu pengacau dalam cawan tu kat air suam sampai dia berjaya keluarkannya dari gelas. Lepas tu Si Frank ni makan la air soda beku tu dengan kayu pengacau sebagai tangkainya.

Tapi penemuan ni tak dimumkan pada public. Cuma pada tahun 1922 ais krim batang ni diperkenalkan pada public dan pada tahun 1923 barulah Si Frank ni apply paten untuk ais krim batang ni denagn nama Epsicle sempena nama Si Frank ni, sebelum ditukarkan kepada nama yang lebih glemer, Popsicle.

Lepas makan popsicle, kumpul benda ni banyak-banyak....hheheee


MAIN JANGAN SAMPAI BERSEPAH

Hello you alls,

Masa kecik-kecik dulu you alls pernah tak buat slumber party? Atau aktiviti pergi tidur rumah kawan beramai-ramai, main mekap, main princess-princess dan bila dah bosan main pillow fight cam kat bawah ni? Atau pernah tak you alls main pillow fight jer tanpa slumber party? Pernah?

Best tak? Ada tak sampai bantalnya koyak dan kekabunya keluar bersepah? Kalau ada, apa mak you alls buat? Apa mak you alls cakap?


Msred pernah main ngan adik-adik msred sampai bersepah kekabu. Nasib baik dalam bilik je tak sampai ke ruang tamu.

Dia cakap menggunakan key E.....

" Korang kemas balik dalam masa lima minit. Kalau tak siap korang makan kekabu tu sampai habis."

Kita orang pon dengan speed 200km/sejam terus kutip dan sapu kekabu tu. Mengamuk giler mak msred. Apa tak nya, dia baru balik kerja, pukul 7 pm masa tu, tengok bilik kita orang macam kapal karam, tentu lah dia terus menjerit dengan key E dia. Nasib baik tak F. Kalau tak tentu cermin-cermin dalam rumah msred habis pecah ke retak ke?

Kita orang berjaya kemas dengan sempurna cuma lebih dari 5 minit. Mak msred tak ada la paksa kita orang makan kekabu tu cicah cili sos. Tapi bila teringat muka mak masa dia jerit key E tu, mesti tergelak. Hahaaa....

Macamana gaknye respon mak msred kalau nanti bila msred adik beradik balik berkumpul rumah mak pas tu pakat-pakat main pillow fight sampai bersepah kekabu?


Posted using BlogPress from my iPad

Jun 27, 2011

NAK JADI FEMES?

Hi korang,

Best jadi popular? Mestilah best kan. Kalau tak best tak kan lah semua orang sebok nak jadi popular kan? Msred suka kalau popular. Banyak benda boleh buat kalau kita popular sebab orang popular ni biasanya apa dia buat semua orang like dan support.



Popular tak leh dibeli dan tak perlukan apa-apa macam kekayaan ke, rupa ke, kepandaian ke. With the right behavior and action, sesiapa pun boleh jadi popular. Kalau ramai orang suka kita, popular lah. Cara nak buat orang suka kita tumkena betul. Kalau tak berapa nak betul, kita pun tentu tak berapa nak popular. Kalau popular dengan cara tak betul pun tak kan kekal lama.

Jom share cara-cara nak jadi popular. Tapi first, kita kena ada basic skill macamana nak mencari kawan. Then, kita boeh follow this simple steps...

1. Konfiden.... Konfiden level kena tinggi. Kalau kita senyum dengan muka yang konfiden, orang akan automatic akan attracted towards kita. Kalau kita punya konfiden level low, malu-malu, orang pun tak berminat nak say hi ngan kita. Cer tengok orang femes, ada dia orang takut-takut nak senyum dengan orang? Bila nampak strangers lari. Tak de kan. Tapi jangan over konfiden sampai perasaan malu tu hilang langsung. Nanti kang popular dengan cara yang tak betul pulak.

2. Baik dan peramah.... Semua orang suka kalau kita suka menolong dan kalau kita ada friendly dan happy aura yang membuatkan orang suka lepak ngan kita. Kalau kita malas nak tolong orang, malas nak bertegur sapa tentu orang rasa tak best nak lepak ngan kita apatah lagi nak berkawan ngan kita.

3. Berhubung dengan orang.... Siapa nak lepak dan berkawan ngan kita kalau kita tak reti nak communicate dengan orang. Kalau kita tak tahu cara yang betul nak bertegur sapa dan berbual. Nanti mula lah merepek ntah apa-apa sampai orang pun annoyed. Oarang yang pemalu pun kalau pandai berbual dengan orang boleh jadi popular.

4. Jangan ashik fikir diri sendiri je.... Try lah fikir orang lain, tolong orang lain, cuba faham situasi orang lain so that people can respect you. Kalau kita respect orang lain, orang akan respect kita. Bila orang boleh respect kita, tentu dia orang rasa best nak lepak dan berkawan ngan kita.

5. Go easy on yourself.... Jangan paksa diri nak jadi popular, susah payah buat benda tak perlu nak jadi popular. Biasanya orang popular tu memang dah ada skill-skill kat atas tu. Tak perlu nak buat benda bukan-bukan nak popular. Orang akan automatically suka kita.



Walau apa pun, bersederhana yea. Jangan melampau-melampau kemaruk nak jadi popular sampai sanggup buat benda bukan-bukan yang boleh buat kita popular, tapi sekejap je. Korang faham kan?

Msred suka jadi popular tapi jadi malas bila fikir cabaran nya....

- Posted using BlogPress from my iPad

YOU ALLS DAH PILIH?

Salam you alls,

Atas permintaan ramai (tak de yg minta pon...hahaaa) msred dengan senang hatinya menyambung entry ni.... KALAU TERPAKSA MEMILIH ....

Straight to the point. Belum sempat msred habis fikir diantara miss pregger, mr senior citizen dan mrs senior citizen siapa yang msred patut bagi tempat duduk msred dalam lrt tu, mr dan mrs senior citizen turun lrt sebab dah sampai ke destinasi yang dituju.

Msred tak yah fikir lagi dah. Dengan pantas msred mengoffer kan seat msred kat miss pregger sambil tersengeh kembang hidung segala sebab rasa bangga hari ni dapat tolong orang yang memerlikan dan membuktikan betapa mulianya hati msred ni......hheeeeehe.. Kalau nak wek silakan....

Miss pregger tu senyum lebar dapat duduk. Mesti dia happy sebab akhirnya ada jugak orang yang berhati mulia nak bagi dia yang keletihan tu duduk. Bila tengok dia happy, otomatik msred pon happy.



Rukun Negara

Kepercayan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Wahai kawan-kawan yang dikasihi, rukun negara yang kelima tu biar sentiasa dihati dan sentiasa diamalkan. Kalau kita amalkan, hati kita akan rasa happy, insyaAllah. Seronok kalau dapat berbuat baik ni. Kepala pun tak stress asik fikir nak buat jahat jer kan?

Tetiba teringat rukun negara sebab baru-baru ni msred ditertawakan sewaktu unterview oleh interviewer ketika diajukan soalan berkaitan rukun negara. Bukannya kelakar sangat pon. Interviewer tu saje je nak gelakkan msred.

Interview apa? Nantilah cerita. Itupun kalau ada diantara you alls yang tanya.....


- Posted using BlogPress from my iPad

AWEK BARU TEMAN BERBLOG

Afternoon kawan-kawan....

Finally. Memang nak suruh Cik Kiru ni temankan msred berblogging. Cik Cempaka bagi dah seminggu dah, baru sekarang msred dapat mekap dia sikit dan letak kat side bar sebelah. Cer tengok.... Ada yang jeles tak? Kiut la dia, sweet sangat. Suka msred dapat doodle dari Cik Cempaka.  

Masa Cik Cempaka bagi doodle ni hari tu, msred dah buat entry pasal ni.



Rasa cam nak letak doodle ni kat wallpaper handphone jer. Buat masa ni biar Cik Kiru temankan msred berblogging je lah. 

KALAU TERPAKSA MEMILIH, SIAPA YANG DIPILIH?

Hello everyone,

How's life? Good? Great? Gaji dah habis? Hahaaaa..... Dah dapat gaji kan? Berapa percent dari gaji you alls diperuntukan untuk saving? Ada ke tak? Aaa....(geleng kepala) jangan boros sangat. Tak bagus untuk jantung.

Well, entry ni tak de kena mengena ngan apa yang you alls buat dengan duit gaji you alls. Hheee...

Teringat cerita lama sewaktu dalam lrt....

Dulu, masa zaman student diploma msred belum ada tansport. So waktu msred memang rapat sangant dengan PT, Public Transport. Kalau nak ke mana-mana memang naik public transport la....kecuali nak gi dating baru la dapat naik kereta mr bf.

Disuatu hari dalam perjalanan menaiki lrt ntah nak kemana tak ingat, ada lah tiga orang penumpang ni. Seorang rupa nya cengini...



Sorang, eh salah, dua orang lagi rupa cengini...




Bayangkan waktu tu lrt hampir penuh, takde tempat duduk kosong. Tengahari, cuaca panas ni. Memanglah dalam lrt ada air cond, tapi tadi kat luar sebelum miss pregger dan senior citizen tu masuk lrt, dia orang tentu kepenatan jalan kat luar kan.

Msred yang tengah relax atas kerusi dalam lrt tu tengok kiri kanan, takde sape yang sudi bangun bagi miss pregger atau senior citizen tu duduk. Msred rasa macam nak bangun dan bagi salah seorang dari mereka bertiga tu duduk kat kerusi msred. Tapi msred fikir dalam hati,

....aku patut bagi sape duduk ni? Miss pregger atau mr sinior citizen atau mrs senior citizen duduk. Kerusi msred satu je, so sorang je yang boleh duduk.

Msred pandang lagi kiri kanan kalau ada sesiapa diantara penumpang lrt yang nak bangun bagi dia orang tu duduk. Tak de jugak. Adakah penumpang-penumpang tu pon dok pikir nak bagi siapa duduk atau penumpang-penumpang tu memang tak nak bangun dan bagi seat tu kat miss preggers atau senior citizen, msred tak tau la.

Msred patut bagi siapa yea duduk? Miss preggers, mr senior citizen atau mrs senior citizen? Kalau you alls, siapa yang you alls bagi duduk? Siapa yang you alls pilih sepatutnya dapat duduk?

Apa yang berlaku seterusnya antara msred, miss preggers, mr senior citizen, mrs senior citizen dan penumpang-penumpang lrt yang lain? Nak tahu ke? Tak nak tahu? Ok....heheeee.....


- Posted using BlogPress from my iPad

Jun 26, 2011

WEEKEND NI, BAGI KATAK MAKAN

Hello you alls, 

Camana weekend? Best ker? Dating? Tengok wayang? Study? Group project? Ternak lemah di rumah? Games?

Msred, tentulah main game. Ni je la masa lebih yang msred ada nak main game. Cut The Rope. Msred baru je beli games ni, USD 0.99 jer. Lebih kurang RM 3. 



Bila msred baca review game ni, ramai kata games ni antara yang terbest lah lepas Angry Bird. Best layan katak ni. Yang best nya bila dengar bunyi dia makan dan bila dia tak dapat makan. Kelakar...hheee...

Msred main mengalahkan si budak kecik kiut msred. Siap berebut dengan si kecik kiut nak main. Hahahaaa...kalau mr bf tau msred berebut dengan dia orang nak main, tentu dia bising perangai mengalahkan budak tadika.

You alls,cer layan video ni tengok best tak game ni? Game ni nampak cam senang....tapi kena pikir jugaklah.


Amacam? Layan tak? Kiut tak katak tu? Heheee...

Jun 24, 2011

CUKUP POWER KE NAK MAIN?

Hello you alls,

Cukup power ke nak main? Ada bran? Cer la try. People call this powerizer.Powerizers are the latest innovation that combines the best of pogo sticks and stilts (spring loaded stilts), giving you the ability to jump over 6 feet in the air, run up to 20 MPH and take strides up to 9 feet.



Sound like fun kan? Try imagine you alls boleh flipping, twisting dan banyak lagi tricks yang boleh you alls try dengan poweriser ni. Cuma bran ke tak ban jer.






So, siapa yang berani? Lelaki mesti berani nyer. Perempuan?

-Posted using BlogPress from my iPad

TERPAKSA TUTUP BILA ADA YANG PSYCHO

Hello you alls....

Mood : Sedih



Why : Ada makhluk Allah yang msred follow dan dia follow msred. Profile picture mengatakan dia perempuan, dia mengaku perempuan. Tapi selalu PM msred lagak macam lelaki psycho, atau lesbian terlampau. Msred unfollow dia. 

Ada girl baru yang msred follow after dia follow msred. Hantar PM lagak lelaki psycho atau lesbian terlampau. Msred shak orang yang sama. Climax nya bila dia PM kata dia tahu msred duduk kat mana, keje mana. Sebabkan tension dengan hamba Allah ni...


....twitter msred pon di ...

Sorry pada sesiapa yang follow msred tue. Kita mengeratkan silaturahim kat FB je la yea....

dah...sedih ni....

MAIN-MAIN RAJIN BETUL-BETUL MALAS

Hello you alls,

Masa kecik-kecik dulu msred pernah main kawen-kawen, main masak-masak. Tatau lah apa yang bestnya main kawen-kawen dan masak-masak, tapi bila berjumpa dan berkumpul dengan kazen atau kawan-kawan, selalu jugak layan permainan ni.



Baru-baru ni, waktu berkumpul dengan family Mr bf, tatau camana buleh muncul cerita main kawen-kawen dan masak-masak waktu kecik dulu. Mr bf dengar je msred bercerita ngan my in laws pasal permainan ni sambil gelak ketawa sopan seorang perempuan.Mr bf diam jer dengar sambil sekali sekala tersenyum sinis sambil buat muka macam memikirkan sesuatu. Msred terfikir dalam hati, adakah mr bf tersengeh sorang-sorang teringat zaman kecik dia main kawen-kawen dan maak-masak jugak? Tak kisahlah. Msred dan in laws msred terus berborak pasal main kawen-kawen dan masak-masak waktu kecik dulu.



Tetiba, mr bf msred dengan selambanya bertanya pada kita orang....

"Kenapa perempuan masa kecik-kecik suka main kawen-kawen dan masak-masak, tapi bila dah besar suka kawen jer tapi tak suka masak?"

Erk..... kita orang ketawa dengar mr bf punya soalan cepumas. Tapi dalam hati msred berkata-kata...

"alamak, dia perli aku depan adik-adik dia ke ape?"

Walaupun mulut msred ketawa tapi dalam hati terasa jugaklah...

Moral of the story, msred tak suka dan tak pandai masak walaupun dulu kecik-kecik selalu main masak-masak. Jangan jadi macam msred.

Jun 23, 2011

INJURED, SEBAB-SEBAB DILUPAKAN

Nite nite you alls,

Sekarang ni msred jarang guna lappy msred untuk apa-apa aktiviti blogging, surfing atau playing games. Sebab apa? Bukan sebab msred dah ada baby baru En I Pad. Tapi sebab ni la.....




Ini bukan hasil kerja tangan msred atau pun cik T. Ini hasil rasa ingin tahu si explorer si kecik kiut Ian. Kalau msred guna lappy msred ni, setiap kali nak tekan button-button yang injured ni, msred kena tekan kuat-kuat sket. Kalau tak, tak keluarlah hurufnya. Tu yang buat malas nak guna tu. Kadang msred tak perasan hurufnya tak keluar. 

Nak type msred jadi mred. 
Nak type thnak you jadi hank you.
Nak type suka jadu uka. 
Nak type seronok jadi eronok.
Nak type atau jadi aau.

So kalau ada diantara you alls terima comment msred kat blog you all yang ntah ape-ape spelling message nya, sila maafkan yea.

CALON SUAMI MACAM SETH TAN

Salam you alls,

Salah satu kesan daripada cerita Nora Elena adalah ramai gadis-gadis yang mula memasang angan-angan nak mencari calon suami macam Seth Tan. Mak budak pun ada yang berharap suami boleh berubah menjadi sempurna macam Seth Tan.

Salahkah berharap begitu? Msred pun ada jugak terfikir, bahagianya kalau pasangan kita sehebat Seth Tan yang baik budi pekertinya, yang tinggi kesabarannya.

Tapi disebabkan ciri-ciri pesimis yang ada dalam diri msred, msred selalu tak mahu percaya wujudnya lelaki sempurna seperti Seth Tan. Tak boleh nak percaya pun. Bagi msred, setiap manusia, termasuk msred pasti mempunyai banyak kelemahan diri. Akal msred tak dapat nak percaya wujudnya perfect guy ni.

Ladies, please accept the fact that there is no perfect guy in this world. But there is alot of not so perfect guy.

And I am very much in love with my not so perfect guy. I love you mr bf....

Pendapat peribadi yang mahu dikongsi dengan sesiapa yang mahu berkongsi. Maaf kalau ada yang tersinggung...



SAYA SUKA TENGOK PEREMPUAN, SAYA BUKAN LESBIAN

Hello you alls,

Sedikit busy lah pagi ni. Baru dapat update entry. Kalau sempat nak say hi kat si kacak jelita hebat pulak lepas ni.

Yes correct. Msred suka tengok perempuan. Bila jalan-jalan kat shopping mall la biasanya msred buat perangai macam tu. Nampak je awek cun msred mesti pandang atas bawah. Cun tu maksudnya dressing dia cun. Muka cun ke tak ke belakang kira. 

Biasanya msred dapat penyakit suka tengok perempuan atas bawah ni bila msred nak shopping baju baru ke, kasut baru ke, handbag baru ke. Nak tengok apa trend sekarang, apa yang nampak cantik dipakai. Kiranya msred mencari inspirasi dari cara perempuan lain dress up. Cara paling senang nak cari inspirasi trend terkini, nak cari idea nak shopping. Nak cari inspirasi dalam magazine malas pulak. Tengok apa perempuan lain pakai la senang sikit. Boleh buat sambil jalan-jalan.



Persoalannya, bila kita yang check out other girl dari atas ke bawah memang lah tak kan rasa pelik ke awkward ke, tak selesa ke. Tapi perempuan yang kita perhatikan atas ke bawah tu, kalau dia perasan kita perhatikan dia atas ke bawah, selesakah dia? Dia tak kisah ke kita perhatikan dia atas ke bawah? 

Sebab, kalau msred perasan ada perempuan yang pandang msred dari atas ke bawah mesti msred tension dan rasa tak selesa. Mula dalam kepala otak fikir....

..... apasal minah ni pandang aku cenggitu? Lipstick aku comot ke? baju aku kotor ke? Mekap comot ke? Zip seluar terbukak ke? Ada yang koyak ke? Dressing aku tak match ke, kelakar ke? Apasal minah tu pandang aku cenggitu? Rasa nak jer msred gi tengok cermin check kalau ada apa-apa yang tak kena kat msred....


You alls pernah tak perhatikan perempuan dari atas ke bawah? Sebab apa yea? Pernah tak kena perhatikan dari atas ke bawah? You alls buat ape yea? Buat tatau je ke atau you alls pandang perempuan tu dari ata ke bawah balik?

Jun 22, 2011

THREE BOYS THREE BIRDS


Salam you alls,

Father's Day tahun ni disambut pada 19 Jun hari tu. Tapi msred baru dapat celebrate dengan mr bf, papa kepada budak-budak kecik kiut tu semalam, 21 Jun. Tak kisahlah lambat siket janji celebrate. Mr bf busy jer...... 

Sambutan besar-besaran (ye la besaran) di Wendy's Sunway Pyramid. Msred ajak mr bf makan di Thai Thai dia tanak. Nak makan kat Wendy's. Ni first time kita orang makan Wendy's, caya tak?

Kad Father's Day tu budak kecik kiut Iffan yang tulis sendiri.


Dinner @ Wendy's. Tolong ignore meja bersepah...hheee


Tiga lelaki hensem...susah betul nak snap picture dia orang ni....Dalam beg plastik itu terdapat 3 ekor burung nakal. Msred belikan untuk msred...erk....silap. Untuk si kecik kiut....


 Se kecik kiut Iffan dan angry bird yellow...

 Si kecik kiut Ian dan angry bird red.... bird tu namanya George...


 Si kecik kiut Iman dan angry bird blue...


Msred pun nak jugak .... ni untuk handphone msred yang dah uzur...mekap sket hp untuk bagi nampak berseri... 

mr bf cakap msred macam budak-budak suka beli benda-benda cam ni. Salah ke mak budak nak beli hp key chain ni? Huh? Salah ke?

Dah habis...

ALL TIME FAVOURITE