Jun 17, 2011

CIK KIKI SUKA MR DOLAN, TOLONGLAH DIA

Salam Jumaat kawan-kawan....

Cik Kiki suka sangat kat mamat ni, yang dipanggil orang Mr Dolan. Dah dua bulan dia berangan nak jadikan Mr Dolan boyfriend terchenta. Tapi, Cik Kiki cuma memerhagikan Mr Dolan dari jauh je tampa berbuat apa-apa untuk merealitikan angan-angan beliau.

Suatu hari yang indah, Cik Kiki dah tak tahan memendam perasaan terhadap Mr Dolan lagi. Maka Cik Kiki pun pergilah melepak di bilik BFF Cik Kiki, Cik Salma. Selepas 5 minit, Cik Kiki pun bertanya pada Cik Salma, apa yang perlu dilakukan supaya Mr Dolan sedar akan kewujudannya supaya senang nak berkenalan pulak lepas tu.

Cik Salma pun dengan senang hati cuba berkongsi tips macamana nak bagi Mr Dolan tu perasan akan kewujudan Cik Kiki di alam nyata ini.

Tips dari Cik Salma...

1. Next time kalau terserempak dengan Mr Dolan kat mana-mana, tunggu masa dan tempat yang sesuai, amek batu sebesar telur ayam, baling kat Mr Dilon. Jangan kuat sangat, tapi cukup kuat untuk buat dia cedera ringan. Make sure dia tak perasan siapa yang baling. Lepas tu buat-buat marah orang yang baling batu tu. Then offer la nak hantar klinik. On the way tu, dengan gaya yang paling cun, berbual lah dengan dia. 





2. Petang-petang agak-agak time Mr Dolan balik kerja, buat-buat lah jogging kat depan rumah dia. Cari time sesuai lalu depan dia. Pastikan time tu tak de mamat lain di kawasan itu. Lepas beberapa saat melintasi Mr Dolan, dengan gaya ayu seorang diva, buat-buatlah jatuh. Time jatuh tu jangan lupa kontrol ayu, jangan jerit kuat-kuat. Buatlah jerit manja gitu. Gerenti dia tolong sebab dah takde orang lain yang nak tolong. Lepas tu, minta lah dia tolong hantar kan balik rumah. Berbual lah.





3. Kalau dia masih tak perasan kita suka kat dia, susah-susah sangat, pegi je kat dia, ketuk dahi dia dengan pembaris pendek yang plastik, jangan yang besi tu, pas tu cakap lah kat dia sambil membesarkan mata.... " Saya suka kat awak la. Tak perasan jugak ke? Apa kata kita try kawan-kawan pas tu kalau ok kita try bercinta-cinta pulak? Kalau sudi kata sudi, kalau tak kata lah , sory saya da ada gf."





Kalau Mr Dolan sudi, start la dating on the spot. Kalau tak sudi, try lah cara kat atas tadi kat kawan Mr Dolan yang handsome tu pulak. LOL......

Cik Kiki, semuga berjaya ya....

7 ulasan:

Lieyda Sabri berkata...

haha bagus tips tu msred.nt lida pun nk try gk la haha

Cik Diana berkata...

eyh! banyak plak tip si cik salma nieyh.. hehe..
tp bOleyh pakai kOwt.. tp segan la jgn.. takOwt Org ckp perigi cari timba..

PinKy MoMMa berkata...

huhu malu nak ngaku suka...
kedip kedip dari jauh je ;p

nasib baik dia cakap dulu suka hahaha..kalau tak,smpai skrg tak kawin mak uols ;p

PinKy MoMMa berkata...

huhu malu nak ngaku suka...
kedip kedip dari jauh je ;p

nasib baik dia cakap dulu suka hahaha..kalau tak,smpai skrg tak kawin mak uols ;p

msredcheesecake berkata...

cik lieyda,
nak try? heheee...msred pon tak pernah try...

msredcheesecake berkata...

cik diana,
perigi kan rajin, tu pasal pegi cari timba sendiri...hheee

msredcheesecake berkata...

pinky momma,
sanggup ke tak kawen ngan papa semata2 tanak mengaku suka dulu? hheee

ALL TIME FAVOURITE