Jun 21, 2011

KALAU SI CHENTA HATI BUAT PERANGAI

Hai kawan-kawan...




Apa nak buat kalau ci chenta hati mula tersuka kat awek lain….


1. Amek pen dan kertas. Tulis kan semua perasaan yang sedang berperang dalam hati. Tulis ape2 je. Nak maki ke, puji ke. Yang positif, yang negative, semua tulis. Buatlah macam ni seberapa lama yang kita nak. Ye la, sampai kita boleh kawal rasa marah tu. Kertas conteng ni jangan pulak pegi uploadkan gambarnya kat FB ke blog ke. Tak kan nak satu dunia tahu pasal problem kita ni. Malu je. Simpan pun bahaya, buang ke, bako ke, masukkan dalam shredder ke.Jangan bagi kat orang.

2. Jangan jadi budak tak berapa matang dengan menyalahkan diri sendiri pulak di atas apa yang berlaku. Anggap jer chenta hati tu tersilap buat keputusan dengan menduakan kita. Kalau sekadar nak sedapkan dan memujuk hati, cakap jer chenta hati kita tu bodoh, bongok, tak guna…^&%^*)))&% sepuas hati. Jangan menjerit kuat-kuat kat tempat ramai orang. Kalau nak jerit jugak pegi dalam hutan ke,  kat laut ke, dalam gua ke.

3. Pergi shopping ke, buat makeover ke, apa-apa aktiviti untuk memanjakan diri kita. Appreciated diri kita sendiri. Pegi mani pedi ke, change your hairstyle, beli baju baru dan melaram tak ingat. Buat je apa-apa yang boleh memujuk dan mengembirakan hati kita.

4. Spend time dengan kawan-kawan yang supportive jer. Jangan lepak dengan kawan-kawan yang cenderung bagi kita lagi down.  Kawan-kawan yang boleh mendengar keluhan kita dan sabar je bila kita membebel tak berenti selama seminggu. Yang sabar je dengan mood swing kita ala-ala time PMS tu, kejap ketawa, kejap nangis, kejap marah. Bila dah habis waktu bermurung ni jangan lupa belanja kawan kita tu mekdi ke kepsi ke.

5. Sesiapa yang berkemampuan, bolehlah pergi bercuti untuk release tension.  Pergi release tension je, jangan memandai pegi layan semua laki yang ada kat situ pulak dengan alasan nak memujuk hati yang lara. Kang lain pulak jadinya.


Dah buat semua, hati dah tenang, fikiran dah waras, jawab soalan ni dengan bijak.



Patutke aku simpan chenta hati ni atau tinju dia sampai lebam atau buang je ke Lautan Hindi?

16 ulasan:

Juwita Afifah berkata...

Kalau sayang, simpan la. =D

MizzTina berkata...

MK akan gn yg 1st, bercuti tu xla.. tp MK akn blik kg sbb bila jmpa family, masalah akan hilang... =)

haha berkata...

nak buat semua lah . hihi :)

farahin nasir berkata...

ce citer n slow talk ngan die.. kalo still syg, mntak die wat pilihan.. tapi kalo tak nak, btter mencari yg lebih menghargai.. :)

CERITERA KISAH

Tanpa Nama berkata...

tips yg menarik tu msred...tapi kalau dapat buad drama sikit kan best..buad2 tertumpahkan air kt muka dye ke..hehe

fRaMe+LenSeS berkata...

sila cari Nadh nak kongsi.. sedia ebrkongsi cerita. :)

PinKy MoMMa berkata...

nak jerit kat gua tak de hukhukhuk..
last last tekup mulut ngan bantai busuk..jerit kuat kuat hahaha..

pastu terus tido di ulit bantai busuk tu ;p

anismelon berkata...

huhu..kalo anis lg prefer menyendiri..dgr lagu sedeh sedeh..nangis nangis..huhu..budak budak snagt..

msredcheesecake berkata...

Mrs farhan,
Kalau dapat forgive n forget memang simpan...

msredcheesecake berkata...

Cik mk,
Best kan kalu ada famil yg supportive...

msredcheesecake berkata...

Cik haha,
Harap2 kita tak perlu la buat sumer tu...

msredcheesecake berkata...

Cik farahin,
Confrontation was a good solution too...

msredcheesecake berkata...

Cik ainie,
Dasat la dia...hehee...

msredcheesecake berkata...

Mr nadh,
Jgn amek kesempatan plak nanti..hheee

msredcheesecake berkata...

Pinky momma,
Bantal busuk lebih pandai pujuk hai kita yg lara...hheee

msredcheesecake berkata...

Cik anis,
Layan jiwang2 yea...meh kongsi citer ngan msred sambil meratah cekelat...

ALL TIME FAVOURITE