Jun 14, 2011

BUDAK SEKARANG VS BUDAK DULU

Salam my frenz,


Sedang leka msred memrhatikan si kiut Iffan dan si kiut Ian melayan game di I Pad msred, teringat zaman msred kecik-kecik comey kiut dulu. Permainan ape yang msred main? Antaranya msred main congkak, getah, teng-teng, layang-layang, galah panjang, batu seremban, tutup botol dan konda kondi. Seronok betul. 

ambrynaa.blogspot
Kos nak main permainan-permainan ini sangatlah murahnya. Nak beli congkak bukannya mahal sangat. Beli getah pun murah jer. Main teng-teng pulak kena ada kapur je. Nak main layang-layang cuma perlu ada kertas dan buluh. Galah panjang, kena ada court badminton je. Nak main batu seremban, minta tolong mak jahitkan uncangnya. Kalau nak main tutup botol, carilah tutup botol kat kedai makan. Main konda-kondi, kena cari padang dan kayu. Murah jer. Tak perlu pening kepala nak keluarkan duit nak berseronok. Kepala mak bapak pun tak pening. 


Itu generasi x.

Budak sekarang atau generasi y ni, permainan yang dia orang main, mahal. Dia orang main Playstation. Berapa ringgit satu set? Dia orang main PSP. Berapa ringgit? Dia orang main computer games. Kalau nak beli cd original, berapa? Dia orang main X Box. Berapa ringgit? Kalau nak main PS2, berapa ringgit kena keluar?



Ada ke dia orang main permainan outdoor? Semua indoor je kan? Permainan indoor yang memerlukan kos yang tinggi, yang langsung tak mengeluarkan peluh. Berapa kerat je generasi y ni yang main bola sepak, badminton, cycling, bola keranjang? Permainan yang msred main masa kecik-kecik dulu lagilah dia orang tak main.

Mahal sungguh nak gembirakan hati budak-budak sekarang ni kan? 

Budak-budak dulu senang je nak kasi happy. Ajar je main congkak, getah, teng-teng, layang-layang, galah panjang, batu seremban, tutup botol dan konda kondi. Happy lah dia orang. Terkekek ketawa gembira dengan kawan-kawan satu kampung.

Budak-budak sekarang dah terlebih advance. Kalau tak ajar pun main Playstation, PSP, computer games, X Box, PS2 pun, dia orang tau sendiri. Macamana? Kawan ajar, tengok kat TV, baca kat majalah, main kat arcade. 

Generasi y ni kebanyakannnya tak minat permainan yang msred main masa kecik comey dulu. Dia orang lebih minat games gadget-gadget yang mahal-mahal ni. Pandai mintak pulak tu. Parents, disebabkan rasa bersalah sebab tak spend enough time dengan anak-anak sebab busy kerja, ikutkan aje kemahuan anak. Berhabis duit nak bagi anak-anak happy. 

Lagi satu sebab kenapa budak-budak sekarang ni lebih suka indoor games, dari pemerhatian msred sendiri, adalah kerana parents takut nak lepaskan anak-anak dia orang main kat luar. Takut penculik, takut accident, takut tercedera dan segala macam lah yang parents ni takutkan. So, kerana tak nak bagi anak-anak keluar, maka parents ini belikan lah untuk anak mereka gadget yang mahal-mahal dan main kat dalam rumah sorang-sorang atau dengan siblings dia orang jer.

Another 20 years from now, anak-anak kepada budak-budak generasi y ni nanti kenal lagi ke congkak, getah, teng-teng, layang-layang, galah panjang, batu seremban, tutup botol dan konda kondi? Tak kot. Kenal lagi ke?

Apakah kesannya kepada kita masyarakat melayu kalau generasi kita dah tak kenal lagi permainan tradisional melayu ni?

18 ulasan:

fae jamal berkata...

betul tu msred..
dunia sekarang semakin maju..
zaman kita dulu tade plak mcm ni kan..huhu

MizzTina berkata...

dulu MK men galah panjang, pondok2, masak2, kawen2, congkak, batu seremban, guli..byk lg la..
dak2 skang xreti mainan tu dh..sedih..

KuNanGKuNanG berkata...

masa zaman kite dulu banyak aktiviti outdoor..budak skrg indoor jer...

safurara berkata...

aah kak.bebudak skrg ni.main psp.ps2.galah pjg,rounders sume tak reti dh kak oiii.

mama maman aka yana berkata...

dulu2 main masak2... main panjat pokok... main kejar2 tangkap penjahat (polis).. mcm2 la... dlm erti kata bersosial... skrg anak2 main game indoor... dulu2 kita byk pada outdoor... hhheee...

Farah Hanis berkata...

Dulu susah oh nak mintak brg2 mahal mcm ni.kena blaja rajin2 baru dapat.soobbbbbsss

Kak Amy berkata...

masa zaman amy dulu nak main congkak gali lubang kat tanah tapi beza dengan budak2 sekarang kan...

Tanpa Nama berkata...

bagus lah entri ni...mmg budak zmn skg terlalu moden...kesian ada gak yg tak pandai & tk kenal pmainan tradisional kan...


p/s:-dah lama x jenguk msred kan...:)

Ainie Maydie berkata...

zaman dulu nak men komputer pon susah..budak sekarang kecik2 da kenal ipad..hehe untong larrr

msredcheesecake berkata...

CIK FAE,
NAK MAIN PON SKANG NI MAHAL...HHEEE

msredcheesecake berkata...

CIK MK,
MAEN KAWEN2 MESTI BEST KAN...KEKEEE

msredcheesecake berkata...

CIK KUNANGKUNANG,
BUDAK SKANG MANJA...

msredcheesecake berkata...

BETUL LAH TU CIK RARA....JGN KATA TAK RETI, NTAH DIA ORG PERNAH DENAGR KE TAK...

msredcheesecake berkata...

MAMA MAMAN,
BUDAK SKANG MAIN SORG2 KAT UMAH KOK TAK PUN MAIN NGAN ADIK BERADIK JER...

msredcheesecake berkata...

CIK FARAH.
BETUL TU...PALING MAHAL PON DAPAT BESKAL JER...HEHE...

msredcheesecake berkata...

CIK AMY,
MSRED PON MAIN CONGKAK KAT TANAH....

msredcheesecake berkata...

CIK LINDA,
RUGI KALAU BDK2 SKANG TAK KENAL TRADISIONAL GAMRS...HEHE...
RINDU LA KAT DIER...

msredcheesecake berkata...

CIK AINIE,BETU TU...KOMPUTER, DENGAR CITER JER...HHEREE

ALL TIME FAVOURITE