Salam my frenz....
Cik Sasa (bukan nama sebenar) terasa marah dangan Cik Peah (bukan nama sebenar) sebab Cik Peah telah didapati mencuri duit rakan serumah mereka Cik Jem (bukan nama sebenar). Cik Sasa pun dengan rasa kesian kat Cik Jem sebab duit nak beli buku dah hilang, mengambil keputusan nak meng advice kan Cik Peah.
Cik Sasa telah meminta nasihat dari Msred macamana nak advice kan Cik Peah dengan baik supaya dia kembali kepangkal jalan dan supaya dia orang tak putus sahabat. Msred pun story la kat Cik Sasa adab nak meng advice kan orang ni.
1. Make sure niat kita betul
Nak advice orang ni niat kena betul, ikhlas kerana nak bawak Cik Peah ke pangkal jalan, bukan nak memalukan atau mengaibkan dia dan bukan nak tunjuk kat Cik Peah yang kita ni betul, benar dan baik dia jahat. Advice kerana Allah, insyaAllah, nanti terbuka lah hati Cik Peah nak berubah. Kalau niat tak betul, nak mengaibkan dia takut nanti dia lagi terpesong sebab rasa marah ngan kita, dengan cara kita nasihat yang macam tak ikhlas.
2. Make sure ukhuwah terjaga semasa nak meng advice
Cara kita nak advice orang kena jaga. Cara yang terbaik supaya tak memalukan Cik Peah adalah waktu kita advice dia tu tak mau ada orang lain yang tak berkenaan. Dalam kes ni, cuma ada Cik Peah, Cik Sasa dan Cik Jem. Ini nak memastikan Cik Peah tak terasa hati dan malu dan maruah Cik Peah pun terjaga supaya perpecahan akibat nak advice orang ni tak berlaku.
Jangan bagitau semua orang kes Cik Peah ni pulak. Kesian dia. |
3. Kalau nak advice orang, hati kena bersih.
Jangan ada niat nak memalukan masa nak advice Cik Peah. Guna lah bahasa yang lembut supaya hati Cik Peah pun jadi lembut. Kalau hati Cik Peah tenang tampa perasaan marah, maka advice yang kita bagi tu senang nak masuk ke otak dan hati Cik Peah. Senang lah sikit dia nak terima nasihat kita tu. Kalau kita guna bahasa kasar, hati Cik Peah pun mesti lah tak tenang sebab rasa marah dengan kekurangan ajar bahasa yang kita gunakan. Macamana Cik Peah nak dengar advice kita. Menyampah lagi adalah. Silap-silap kita kena maki ngan Cik Peah.
Cakap baik-baik. Key word here, RESPECT. |
4. Carilah cara yang terbaik nak kasi advice kat Cik Peah
Sebelum kita advice Cik Peah, kita carilah apa cara terbaik nak nasihat dia. Cuba lah mendekati dan memahami kenapa Cik Peah amek duit buku Cik Jem? Bila kita kenal dan faham situasi Cik Peah, maka senang lah sikit kita nak advice kan Cik Peah. Tak de la kita main belasah je tuduh dia itu ini. Lagilah Cik Peah bengang dan refuse nak dengar advice kita.
5. Beri Cik Peah waktu
Dah advice, jangan lah paksa Cik Peah berubah insaf time tu jugak. Bagilah dia masa. Kita ni bukannya boleh insaf dari kesilapan kita dalam waktu yang singkat. Kadang-kadang amek masa juga. Kita jangan berhenti bantu dia dan jangan putus asa nak advice Cik Peah supaya dia sedar kesilapan. Kita terus kan usaha advice Cik Peah dengan niat dan cara yang betul, doakan supaya dia sedar. InsyaAllah, Tuhan akan makbulkan doa kita.
Indah betul perasaan nya kalau kita berjaya advice orang yang berbuat silap sampai dia kembali kepangkal jalan. Kalau tak percaya, cuba.
18 ulasan:
setuju dgn msred..byk perkara kn fikir seblm nk nasihat org lain..
tu sbb bile ada org kata,nk nasihat org,cermin diri sendiri dulu.hmm rara takut lah.kdg2 rara pon manyak ckp.tp diri sndiri pon xbetul.
Blog ni dalam lulu-pages.. :)
wahh nice entry ni. tol tu...if nk nasihat kan org, kena beradab cikit. tak leh main hentam je...kan kan :D
jgn mencari gaduh dalam menasihati..
seboleh2 nya jgn ada unsur nak memerli huhu..nnt jadi lain kang.. ;D
sebelum kite nasihat org bersihkan hati dlu ..sy suke statement ni ..huhuu :)
Cara yg molek. Hehehe. Thumbs up!!
yer...nak menasihat kan seseorg itu bkn mudah.
nasib baik kes curi-mencuri ini blum ada lagi dlm kamus kehidupan.. XD thankz for the sharing..
cik mk,
bukan senang nak advice org ni...silap2 bule perang...
cik rara,
kadang2 kita ni suka cakap ikut hati...kena belajar cakap ikut akal...
tengs cik lulu....
cik zie,
betul kan? kalau kasar je advice org nanti org tanak dengar...
pinky momma,
unsur memerli tu yg buat org tanak dengar advice kita kan?
cik edayu,
msred pon suka...
mr thinker,
sama2 kita amalkan k..
cik jiejah,
betul kan? susah nak suruh org dengar advice kita...kena lah pandai...
u r the most welcome ms pauline....
Catat Ulasan