September 15, 2011

ANAK DEMAM PANAS

Salam you alls,

Kalau anak demam, biasanya mama lah yang tak tidur malam untuk menjaga memastikan yang anak ok dan suhu demamnya tak terus meningkat ke taha bahaya.

Msred biasanya bila suhu badan anak-anak msred mula naik, tapi belum sampai ketahap bahaya ( lebih 37 darjah ) msred akan berusaha menurunkan suhu demam anak sendiri kat rumah dulu. Biasanya msred akan lakukan empat langkah ini untuk menurunkan suhu badan.

1. Mandikan anak sekerap yang boleh supaya suhu demamnya turun.

2. Msred akan biarkan anak msred tak berbaju. Kalau dia demam, kalau berbaju dan berselimut menyebabkan suhunya susah nak turun.

3. Msred juga akan pasangkan Cool Fever kat dahi bagi membantu lagi menurunkan suhu.

4. Msred ada siman ubat demam untuk kanak-kanak di rumah. Paracetamol. Msred akan bagi anak ubat ini selepas makan.

Biasanya, kalau demam biasa, dengan tiga langkah di atas suhu badan anak msred yang demam akan turun. Jarang sangat tak turun. Tapi kalau tak turun juga msred akan segera bawa anak ke klinik.

Note : Selalu tak sampai hati tengok anak demam. Doa supaya demam anak pindah kat msred.


- Posted using BlogPress from my iPad

5 ulasan:

KuNanGKuNanG berkata...

cian kalau budak2 demam.mesti melepek je xlarat..moga ank2 msred cpt sembuh...

Nur Fauzi berkata...

Pernah dengar kat tv9, jemput pakar kanak-kanak bagi pendapat. ada die senaraikan langkah kalau anak demam.

antaranya dengan cara tuam. (cool fever memang ok)
ada juga yang tanya pasal mandi untuk turunkan suhu, tapi tak silap, doktor tu tak galakkan sangat...tapi tak ingat sebabnya hehe..

mungkin boleh buat carian di internet

p/s: anak saya demam, dia jadi sangat bersopan santun, baring diam2 dan tak buat kacau, dan senyum bila orang tengok dia.

Anum berkata...

good tip

aamalinaazman berkata...

hyaooo
ciannye kalo bdk kecik demam kan
boleh gak jeum kepala
dgn air+asam jawa
cam mama selalu wat kat mimi
insyaAllah berksan gak =]

msredcheesecake berkata...

Nurfauzi, mandi kerap tu doktor yg ajar...doktor spital kerajaan...

Mimi, first time dengar tu..leh try len kali...tengs...

ALL TIME FAVOURITE