Terhantuk, mengadah. Rasa macam tahu? Tentu tahu. Sudah terhantuk baru mengadah.
Kenapa tabiat orang kita yang selalu sebok nak mengadah kepala memandang ke atas mencari punca kesusahan hanya selepas kepala dah terhantuk? Kenapa kita tak boleh jadikan tabiat sekali sekala memandang ke atas supaya kalau ada halangan di atas kita dapat elak. Kenapa nak tunggu dah sakit baru nak gosok kepala?
Kalau halangan di atas tu kecil je, tak de lah sakit sangat. Bolehlah kita tahan. Kalau besar? Tajam? Tahan ke? Macamana kalau kesakitan yang kita rasa tu tak boleh dihilangkan hanya dengan gosokan tangan di kepala? Kena letak ubat, pergi hospital. Kan dah susah. Kita susah. Orang lain susah. Rasa tak seronok tau kalau susahkan orang lain sebab kesakitan yang kita alami sebab kita malas memandang ke atas.
Walau macamana laju ke, perlahan ke kita berjalan, sekali sekala pandanglah ke atas untuk memastikan kepala tak terhantuk dan memastikan kesakitan yang kita alami akibat terhantuk itu tidak akan menyusahkan orang akhirnya.
- Posted using BlogPress from my iPad
7 ulasan:
ye betul
sm x mcm "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tdk berguna"..
dalam makna entry ni.. huhu.. tp saya cuma nk cakap, pintu rumah saya ni, rendah je.. setiap kali balik ke rumah, mesti kena r.. sampai rasa nk pecah kpala terhantuk.. huhu..
yup.tapi kadang2 bila kita berwaspada tu xde yg aneh2 akan berlaku.cuma bila kita alpa,masa tu lah mcm2 jadi. :)
tapi kenapa pandang ke atas ye?kenapa tak kebawah?sbb nnt ade batu, tersepak jatuh pula hehe..
mcm sakit jer..hehe
Bobo, hhee.. Kita lebih selalu pandang ke bawah berbanding ke atas....
Catat Ulasan