September 25, 2011

DI MANA ADA CINTA DI SITU ADA SETAN

Salam you alls,

Kalau tengok adik-adik yang baru jatuh cinta, yang sedang dilamun cinta memang sweet. Muka berseri saja, bibir sentiasa tersenyum, hati happy sepanjang masa, semuanya indahlah. Seronok jatuh cinta ni. Buat hati kita berbunga-bunga saja. Betul kan?

Bergnatung pada umur, harapan kita bila bercinta ni nak kekal lama, nak sampai naik pelamin. Tak nak lah terputus separuh jalan. Tak mahulah dikecewakan. Nak kekal. Baguslah kalau ada niat nak bersatu, nak sampai nikah.

Tapi, sementara nak tunggu nikah tu, banyak cabaran dan dugaan yang akan kita tempuh. Cabaran yang paling besar, nak melawan nafsu. Kita kena ingat, bila kita bercinta saja, setan teramatlah suka nak rapat-rapat dengan kita. Kalau tak bercinta pun dia rapat juga. Tapi bila kita bercinta ni setan mulalah pasang niat nak kita terlanjur. Setan waktu ni mulalah sebok nak suruh kita, pengaruh kita, buat apa saja sampai kita terlanjur, sampai termengandung, sampailah kita buang anak.

Berapa point kita dapat kalau setan ni berjaya? Bersentuh bukan muhrim, zina, anak luar nikah, bunuh. Sekaligus kita dapat semua dosa besar. Itu dengan tuhan. Dengan manusia? Hancur hati ibubapa. Memalukan keluarga. Ibubapa terpaksa sama tanggung dosa kita sebab nak tutup malu. Mungkin ada ibubapa yang terpaksa bersubahat buang anak luar nikah tu. Nauzubillah.

Bercinta memang nikmat. Heaven. Tapi, kita semua kena hati-hati. Pastikan si setan tu tak dapat capai matlamat dia nak menjatuhkan kita. Cari cinta yang diredhai oleh Dia, bercinta dengan cara yang halal. Pasti kekal bahagia, insyaAllah. Sama-sama kita berusaha.


- Posted using BlogPress from my iPad

13 ulasan:

cikgu berkata...

Segelintir je yg nak lawan nfsu tu msred.....hmmm

Nur Syazana Mohammed Sani berkata...

yup ,. betol tu ,. tapi bergantong pada manusia jugak ,. kita kene pandai mengawal nye

http://syazanasani.com

Umi Anaan berkata...

kalau tak nak hanyut dengan dosa nafsu... bercintalah lepas kawen...

Cik Puan iLa berkata...

iman kene kasi mantap dlu...kan msred?? ;)

Nur Fauzi berkata...

Syaitan akan cuba mempersembahkan perkara dosa itu menjadi indah dan nikmat di pandangan mata kita..

Mukadimah zina, dah jadi perkara biasa hari ni. Pergi keluar ke bandar, dan tengok saja muda mudi hari ni...

aiEz berkata...

cinta macam ni yg selalu aie tekankan dlm blog,risau tgk keadaan macam ni..kerana sayang macam2 boleh jadi..

Tanpa Nama berkata...

urmm susah nyew nk jmpe CINTA kerana-Nya.
Cinta pura2 berderet2..

Zul fattah berkata...

cinta itu ketawa dan air mata.. haha.. sob2

kizmyself berkata...

jada diri..kawal nafsu..kuatkan iman.

maya anis berkata...

salam knal :B cinta matang bru indah..kalu bebudak ntah pe2..

Tanpa Nama berkata...

bukan senang bg mereka yg dh tlanjur buat semua bnde tak baik tuu nk bertaubat,, tak ramai masyarakat yang nak terima dia,, walhal individu cm mreka ni perlukan skongan moral dr semua org,,

~iz~ berkata...

yg penting iman kena kuat..x kuat mudah hangut...

msredcheesecake berkata...

Cik ila, betul... Iman yg kuat akan bantu kita lawan nafsu...

Yana, tu yg dilema...ditolong org akan jadi tak takut. Tak ditolong bertambah teruk...

ALL TIME FAVOURITE