September 14, 2011

PERSEDIAAN UNTUK MENGGORENG AYAM

Salam you alls,

Siapa suka makan ayam oreng? Msred suka sangat makan ayam goreng panas-panas baru masak tu. Tak payah makan dengan nasi pun tak apa, makan ayam sahaja.




Bila makan ayam goreng memang heaven la. Tapi bab nak goreng tu tak berapa nak best. Asal goreng ayam je mesti kena tembak sedas dua dengan minyak panas. Kadang-kadang tu berdas-das. Biasalah tu kan. Tak kan tak kena langsung.

Untuk mengelakkan dari terkena tembakan minyak panas, sebelum mula menggoreng ayam tu msred akan....

1. Tutup semua kulit kat badan dengan kain terutamanya tangan sebab tanganlah selalu kena tembak. Pakai baju lengan panjang. Ambil kain ikat kat muka tinggalkan mata je untuk melindungi kulit muka.

2. Pegang tudung periuk sebagai perisai takut kalau minyak panas tu terpercik keluar waktu membalikkan ayam tersebut. Bahaya tau waktu balikkan ayam tu, kalau tersalah balik minyak panas tu boleh terpercik keluar dalam kuantiti yang banyak.

3. Sediakan minyak masak sikit yang baru dan sejuk, bukan yang panas atau yang pernah guna. Untuk apa? Petua orang tua kalau terkena tembakan minyak masak waktu memasak, sapukan tempat yang kena tu dengan minyak masak yang baru, sejuk dan bersih untuk mengelakkan kesan parut.

Sekian. Bila dah masak ayam goreng tu, boleh lah dihidangkan dan makan dicicah cili sos atau mayonis. Jemput makan.....


- Posted using BlogPress from my iPad

4 ulasan:

~iz~ berkata...

yummy..sedap tu..anak2 iz memang suka sangat2 ayam goreng lagi2 kalau digoreng ngan tepung goreng adabi tu...marvelous..

aamalinaazman berkata...

nyummmmmyyyy
gunekan api yg kecik utk peringkat awalan gorg ayam
hehhheee

iyan shazlind berkata...

petua no 1 tu tak tahan..hehehe

Nur Fauzi berkata...

aiyoh..manjanya...takut rosak kulit ye auww...haha

ALL TIME FAVOURITE