September 06, 2011

TANDA-TANDA PENUAAN

Salam you alls,

Banyak-banyak benda, benda apa yang tak akan turun, naik sahaja memanjang?

Tau tak? Betul tu.

Umur.

Semua orang akan mengalami hari tua kalau dipanjangkan umur. Tak boleh lari. Kalau tak tua pada rupa, pada umur tetap akan terjadi. Macamana nak tahu kita dah mula mendekati masa tua?

Ini adalah sedikit tanda-tanda yang kita sudah mula menghampiri zaman tua....

1. Buat kerja sikit dah penat, tak larat. Kalau dulu satu rumah kita boleh kemas seorang, sekarang ini baru kemas satu bilik dah penat macam baru lepas walkathon sepanjang tasik Shah Alam.

2. Pelupa terlampau. Setiap kali pergi dapur, bila dah sampai dapur selalu lupa nak buat apa? Termenung kejap sambil dalam hati cakap, " aku pergi dapur tadi nak buat apa? ". Sebab tak ingat nak buat apa, pergi luar balik. Bila dah sampai luar baru teringat tadi pergi dapur nak ambil air susu Dutch Lady kat peti ais. Pergi dapur balik. Bila sampai dapur, sekali lagi termenung sambil hati berkata, "laa....aku pergi dapur tadi nak buat apa?"

3. Mula meminati aktiviti melawat dapur jiran dengan niat nak bergosip. Kalau dulu bila dengar mak-mak kita bergossip kita tak berminat nak join. Selalu cakap orang tua je yang suka mesyuarat tingkap ni. Tak best. Lebih baik layan blog. Tapi sejak dua menjak ni kita mula suka mencari geng nak bergossip dengan melawat dapur jiran dengan muka tak berapa nak malu. Pantang dengar mak mula nak bergossip, terus mencelah nak join.

4. Kalau dulu orang buat apa pun kita ok je tapi sekarang kalau salah sikit je pun kita cepat je terasa hati dan cepat je nak merajuk. Orang muda ni biasanya happy go lucky dan tak mudah nak terasa dan merajuk. Tapi orang tua ni biasanya lebih sensitif. Salah cakap sikit, senang je terasa dan merajuk.

So, sesiapa yang dah ada keempat-empat tanda ini, boleh lah mula pakai produk anti penuaan macam Olay Total Effect yang melawan 7 tanda penuaan.

Note : Msred dah ada 3 daripada tanda-tanda penuaan di atas.

- Posted using BlogPress from my iPad

9 ulasan:

♥♥ miracle ara ♥♥ berkata...

alamak, dah ade tande2 penuaan ke nh =.=

aamalinaazman berkata...

aiyaaaaakkk
tamoooo
nak kekal mude beseriiii
di hatiii
hihihi

AimiiiLove berkata...

kih kih.terhebat alamk,sye pun ade tanda2 penuaan gak.aduhh

WH berkata...

hahahahaha.. ape kena mngena ntah tanda2 penuaan tu sume dgn olay total effect.. :P

msredcheesecake berkata...

aimie, nak nampak muda kena selalu senyum tamo stress....

WF, saje je pomot total effect sbb msred pakai dan suka dgn cleanser dia...hheee

MizzTina berkata...

okeh..no.2 tu MK dh ada.. fine, ai dh tua!!

al_hakim berkata...

erk..nape rasa sy mcm dah tua ni..=P

ct kektus berkata...

kite selalu terlupa.adakah itu bermaksud.... owh tidak. -_-'

anismelon berkata...

alamak..kalo selalu je terasa hati cne..tak kan nak tua kot..sensetip mmg sifat ku..wuuu

ALL TIME FAVOURITE