Salam you alls,
Ada tak merancang nak buat puasa sunat Syawal? Bila pulak nak ganti puasa? Nak sekali kan ke puasa enam dah puasa ganti?
Ada yang kata boleh sekali kan puasa enam dan puasa ganti, cuma perlu baca niat puasa gamti je. Pahala puasa sunat pun dapat. Ramai yang kata macam tu.
Ada pulak yang kata boleh disekalikan tapi lebih baik pisahkan. Kalau mampu buat kedua-dua puasa ganti dan puasa enam dalam bulan Syawal, lebih baik buat puasa ganti dulu kemudaian puasa enam.Kalau nak buat kedua-dua puasa ganti dan puasa enam dalam bulan syawal tapi tak mampu, buat puasa enam dulu dalam bulan Syawal dan puasa ganti dalam bulan-bulan yang lain.
Ada ulamak mengatakan kalau kita berpuasa di bulan Syawal dengan niat puasa ganti, otomatik dapat pahala puasa enam walaupun kita cuma baca niat puasa ganti. Tapi itu kalau kita betul-betul tak boleh nak asingkan puasa ganti dan puasa enam, boleh disekalikan. Cara yang diatas tu, yang asingkan kedua-dua puasa ganti dan puasa enam itu lebih diutamakan.
Msred pernah sekali je berjaya buat puasa sunat Syawal atau puasa enam. Itu pun dugaan nya banyak sebab msred kan suka makan. Pada yang berniat nak buat puasa enam, semuga berjaya, insyaAllah.
13 ulasan:
menu raya menggoda selera.. ;)
misred .. sebenarnya, boleh pun .. haha.. biasenya kita gabungkan puasa sunat 6 syawal dgn ganti ramadhan..
rasanye boleh msred..tp mesti niat puasa ganti dulu...
nak puasa 6 la :D
kalau cik pulau.. ape-ape puasa pun cik pulau niat puasa ganti..
sebab ustazah kata, kalau kita puasa ganti di waktu yg disunatkan.. pahala sunat pun kita dapat..
sume cik pulau niat ganti sbab yelah, masa kecik2 dulu, entah puasa tu betol ke idak.. cukup ke tak..
so baek niat ganti je kan..heee~
tapi lain orang lain cara.
boleh je gabungkan msred. ustaz dan ustazah saya kata boleh je. mak ayah dan saudara pun cakap boleh. hehe
p/s: insya Allah saya boleh puasa enam tahun ni seperti sebelum-sebelum ni. huhu
Cik pulau, betul gak tu...pepepun ganti puasa penting sbb tu hutang kita dgn Dia...
nak try wat pose ganti ngan pose 6 dalam bln syawal ni..hrp2 berjaya..:)
tgk orglen mkn tu yg kite xthn kn?hehe
isnin baru k mula puasa 6
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.
” kau , dah hari ker berapa dah?”
“aku dah 5 hari dah ni”
“esok aku raya (sunat syawal)”
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Yg ni betol...mmg tidak elok digabungkn...wajib tetap wajib...sunat ttp sunat ..sbb RASULULLAH sndri x buat dan bginda pn x anjurkn sahabat2 baginda tuk gabung puasa...so lbh sahih n tbaik kita rujuk dgn ape yg Nabi buat
Catat Ulasan