Salam you alls,
Dah dekat dua minggu kita beraya. Kalau sebelum ni kita sibuk pergi beraya rumah saudara mara dan kenalan terapat, sekarang ni aktiviti memenuhkan jadual weekend dengan menghadiri jemputan rumah terbuka bermula.
Hari ni je ada 3 jemputan rumah terbuka dari kawan-kawan, tapi dapat pergi satu je sebab mr bf kena kerja. Msred pergi open house di Shah Alam je sebab masa tak berapa mengizinkan nak penuhi jemputan di PJ dan KL. Msred memang malas nak berjalan kalau mr bf takde sebab susah sikit nak jaga 3 budak lelaki lasak sorang-sorang. Esok ada dua jemputan dari saudara mr bf. Tak tahu lagi boleh pergi ke tak? Tengok mr bf kerja ke tak esok.
Msred pernah pergi open house kawan pakai jeans dan t shirt yang sopan la. Tapi kena tegur kenapa tak pakai baju kurung? Erk.... malu lah pulak kena tegur dengan orang tua. Msred dari muda ala-ala tomboi sikit, tak suka pakai baju kurung dan lebih selesa pakai jeans dan t shirt je. Dah terbiasa.
Bila msred discuss isu ini dengan kawan-kawan, lebih ramai berpendapat kalau nak pergi rumah terbuka hari raya, lebih elok kalau pakai baju kurung, kebya, jubah atau dress yang sopan berbanding jeans dan t shirt. Ada yang siap marah msred pakai jeans pergi open house.
ayunya gi majlis camni.... |
So untuk you alls dan msred, berdasarkan suara ramai yang kebanyakan lebih senior dan lebih matang, elok lah kalau kita nak pergi rumah terbuka hari raya pakai baju kurung. Kalau terpaksa jugak pakai jeans sebab baju kurung semua tak basuh lagi, pakai lah dengan blouse yang menutup aurat dan sopan.
3 ulasan:
Setuju dgn msred:)
Kalo bukan kite yg nk pakai bju kurung,sape lagi...he
pakaian harus bersesuaian dengan majlisnya. baru dikatakan mesra keadaan. ah. mungkin. tapi yang pasti, aurat itu wajib ditutup. :)
MH, tul la....kalau kta x pakai baju kurung kalau tengok bangsa lain pakai baju kurung kita rasa segan pulak yea....
Mr thinker, skang ni ramai gi open house pakai jeans....
Catat Ulasan