September 28, 2011

CINTA SEJATI BERUBAH JADI CINTA PALSU

Salam you alls,

Permulaan hubungan lelaki dan perempuan pastinya dengan cinta sejati. Saling berjanji dan percaya hubungan cinta ini akan berkekalan. Memang tak ada niat nak mempermainkan perasaan sayang, tak ada niat nak curang. Semuanya mahu dan saling berusaha agar hubungan cinta yang terjalin kekal sejati hingga keakhirnya.

Permulaannya memang begitu. Cinta sejati tak berbelah bahagi. Tetapi dengan cara hidup zaman sekarang yang di kiri kanan, atas bawah dipenuhi dugaan dan cabaran, cinta sejati dengan mudahnya boleh berubah jadi cinta palsu.

Lelaki dan perempuan bebas bergaul dan bebas membuat pilihan dan tak takut kalau memilih jalan yang bertentang arus dengan yang sepatutnya. Kalau zaman dulu, kebebasan terbatas maka penglihatan kita pun terbatas. Perempuan tak bebas keluar sesuka hati macam sekarang. Jadi lelaki kurang pilihan kalau mahu curang. Perempuan yang lebih selalu di rumah tidak bebas melihat sekeliling, peluang untuk curang itu jarang timbul.

Kebebasan pergaulan sekarang memudahkan cinta sejati berubah jadi cinta palsu. Itu adalah harga yang harus dibayar untuk kita menikmati kebebasan. Mengekalkan cinta sejati jadi sukar bila pergaulan kita tiada batasnya.


- Posted using BlogPress from my iPad

10 ulasan:

Ijah EmoTemo berkata...

hee biasa nya mcm gitu la kan... then bila dh putus habis meraung segala bagai heheheh

aamalinaazman berkata...

cinta sejati hanya dpt diketahui sekira bersama nye sehingga akhir hayat...huuu~

yanamib berkata...

nk dpt cinta sejati xperlu pn gadai maruah harga diri segala..=)

Rawlins GLAM berkata...

InsyaAllah cinta sejati hadir pada yang setia menunggu

bak kata Ms Christina Aquilera
Good things come to those who wait

Zul fattah berkata...

saya la tu kak.. tp skrang dah tak macam ni.. malas dah nk bercinta.. tunggu kahwin dulu..

teha berkata...

ble berkapel tu , jgn laa nk melebih2.. hehe

Nur Fauzi berkata...

Itu cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa hari ini.

Mari kite same2 mendidik anak-anak kita supaya berkelakuan baik dan takutkan Allah...

Didikan awal bermula di rumah...perangai siapa lagi yang anak-anak nak jadikan contoh kalau bukan ibu bapa sendiri kan..

aizamia3 berkata...

kalau dah sayang sekalipun janganlah sekali2 serahkan yang bukan hak dia.. ;)

KaK LimAh Si SupiR berkata...

huhuhu..xpenah bejanji setia lg :P

msredcheesecake berkata...

mimie, betul... nak tahu skang cinta sejati ke tak mampos tak kan tahu... kena tunggu hingga hujung nyawa....

ALL TIME FAVOURITE