Mac 31, 2014

PERCUTIAN SINGKAT TIBA-TIBA

Assalamualaikum.....

Petang hari Sabtu, sedang melepak di rumah, boyfriends tengok katun kat tv dan saya tengok K Drama kat ipad, mak saya call. 



Mak kat PD ni, dah ambil bilik kat Glory Beach Resort. Datang sekarang jugak. Katanya.

Sukati je mak ai order camtu. Boyfriend saya, Mr Hasben tak ada, so kenalah ajak my brother drag ke PD petang tu. Pukul 6pm baru gerak. 730 pm baru sampai. Alhamdulillah selamat sampai. Kalau adik saya yang drive memang kena panjang doa sebelum naik keretanya. Heheee....


Sampai, mandi, tengok tv. Internet lembap pulak kat sini. Ni yang nak majuk ngan Maxis ni. Adik saya runner gi pasar malam PD membeli juadah dinner.




Jangan ditanya aksi apa ini. Sukatilah wahai boyfriends ku. Nampak tak gigi Iffan. Baru patah tu.




Iman pun tak paham aksi abang-abangnya.




Get ready nak swimming. Semua tak mandi lagi. Mandi kat pool la kan. Hheee....



Hep Ian. Buat apa tu?




Sejuk katanya. Belum masuk pool dah sejuk?



Lepas swimming, mandi kat bilik, breakfast nasi lemak kecik bogel RM 1. Then sebelum balik mesti kena singgah playground. Dia orang tak tahu saya ni puteri lilin [eh puteri ke?] tak tahan panas.




With my mom. Garang tu mak cik tu. Hehee... Pas tu menurun kat anak dia.



Itu sajalah citer percutian tetiba selama sehari. 

PAGI ISNIN YANG MENCABAR

Assalamualaikum....

Monday again. Lepas cuti 4 hari, memang berat sajalah hati nak pergi office. Rasa nak spend the whole day dengan my beloved bed. Heheee..... Mood kerja tak nampak-nampak lagi.



Last week saya apply cuti hari Khamis dan Jumaat. Plan nak bawa boyfriends saya, Iffan, Ian, Iman berjalan-jalan, spend time sama-sama cuti sekolah ini. Tapi Iman demam pulak. Khamis dan Jumaat last week memang di rumah sajalah jaga Iman demam. Iman kalau demam memang tak dapat buat apa-apa. Nak berkepit saja. Cancel la plan nak berjalan.

Sabtu pulak Iman dah sihat, Alhamdulillah, tapi sebab saya dah penat menjaga Iman yang demam, rasa malas dah nak keluar pergi mana-mana. Lepak di rumah saja sambil melayan K Drama. 

Tapi, dah petang tiba-tiba ada orang ajak pergi bercuti. Apa lagi. Jomlah.

Mac 26, 2014

HATIKU RASA SESUATU

Assalamualaikum.....

Dari pagi sampai kepetang di pejabat, tak ada mood nak buat kerja. Lambat je kerja bergerak. Badan kat sini,hati dah melayang-layang dah. 

-we heart it-

Yang buat tak sabar nak balik rumah, sebab last week dah apply cuti esok dan lusa. Saja nak spend time dengan boyfriends kat rumah. Tak ada plan lagi nak dating kat mana, nak buat apa? Tak kisah nak buat apa janji dengan my boyfriends. 

Hati saya rasa happy sangat tak sabar nak punch out. Next monday baru masuk kerja balik, insyaAllah. Pada ofice mate, sila teruskan perjuangan di pejabat sampai hari Jumaat ok. Have fun while waiting for 6 pm. Pada boyfriends saya, tunggu mama datang. Merepek?

Pada you alls yang tak bercuti, have fun waiting for Friday. Hehee....

Pada you alls yang bercuti juga, while you alls having fun, remember me. Hheee...







Mac 25, 2014

I MISS YOU

Assalamualaikum.....


Pagi ini mood tak berapa nak bersemangat nak pergi office. Ian Syamie demam, panas juga badan dia. Rasa nak cuti tapi tak boleh sebab dah apply cuti end of this week. Harap panas badan Ian kuranglah kejap lagi.

Source, we heart it.

Baru dua hari berlalu, dah rindu dah. I miss my weekend and my books. Berangan bila weekend dapat bersantai di rumah sambil baca novel saya. Yang di beli waktu Big Bad Wolf Feb 2014 hari itu pun belum dapat nak menghabiskannya. Weekend, I am waiting for you.


Oh ye. Sekarang ini sedang berlangsung Big Bad Wolf Mar 2014 di Mines Convec. Centre.


Mac 24, 2014

YOU MAKE ME HAPPY

Assalamualaikum....



Last week, Khamis saya MC. Bila petang dah boleh bangun. Macam biasalah, saya ni kalau sakit memang suka mengidam nak makan sedap. Kali ni tekak ngidam pizza pulak. Keluarlah dengan anak-anak dan mak saya. Mak tolong drive.


Boleh tak si Iffan ni buat gaya tuck in camtu, masukkan t shirt dalam seluar. Saya tak berapa bekenan style ni. Pernah Mr Hasben buat gaya ni, saya cakap saya tak nak dating ngan baiya !! Betul ke ejaan macam tu?



Tiba-tiba si Iffan cakap kat saya dia nak ambil gambar Iman jadi kecik, sambil buat gaya tangan dia macam tu. Mula-mula saya tak faham apa yang si Iffan cuba bagitau saya. Last-last faham jugak lepas Iffan explain berkali-kali. Tak tahu mana dia dapat idea buat macam tu. Saya tak pernah ajar dan tak pernah pulak tunjuk gambar ala-ala teknik macam ni. [teknik apa ya macam ni?] Suka sangat Iffan tengok gambar ni sambil gelakkan Iman yang jadi kecil katanya.




Pergi MPH nak belikan Ian sketch book sebab sekarang ini Ian sedang menunjukkan minat nak melukis dan mengaler yang tinggi. Sketch book tak ada, beli saja note book yang tak ada line ni, yang kosong. Belikan dia kaler baru sekali sebab kaler dia tinggal 2 3 batang saja, yang lain hilang katanya. Tengah tunggu order makan pun Ian sempat melukis. Ini lah hasilnya.


Bila ditanya gambar apa ni? Ian cakap, ini gambar boboiboy gempa, tengah lawan orang jahat. Yang biru tu ikan.

Tinggi betul seni si Ian ni sampai saya tak faham langsung apa dia lukis. Entah mana boboiboy gempa entah mana orang jahat pun tak tahu. Ganas je rupanya semua. Estetika ni, tinggi value nya ni. Heheee..... 

DIA ORANG SERONOKLAH

Assalamualaikum.....


Pagi ini tak perlu berkayuh macam biasa nak menyiapkan anak-anak ke sekolah. Santai sikit. Seronoklah budak-budak cuti sekolah seminggu. 


Dah siap belikan Iffan dan Ian activity books untuk dia oarang buat cuti sekolah ini. Tak ada buku yang berat, buku seronok-seronok je. Coloring dan sticker book untuk Ian dan buku cerita untuk Iffan. Biar masa dia orang terisi dengan aktiviti yang fun dan tak membebankan macam waktu sekolah, tapi tak nak dia orang leka sangat dengan tv dan ipad.

Dalam hati tertanya-tanya, kenapa jadual cuti office saya tak sama dengan jadual cuti sekolah? Bila nak sama?

Mac 21, 2014

CARA MENGATASI ALAHAN MENGANDUNG

Assalamualaikum....

Morning sickness, salah satu ujian yang kebayakan wanita harus tempuh sebelum dianugarahkan baby yang chumels. Ada segelintir yang tak rasa, tapi kebanyakannya rasa. Cuma bezanya, ada yang teruk dan ada yang kurang teruk.



Di sini saya nak share tips untuk menghadapi morning sickness ni. Tips berdasarkan pengalaman sendiri, pembacaan dan pengalaman orang sekeliling saya.

Selalu preggy mengadu tak dapat makan sebab makan saja keluar balik. Yang ini memang susah nak elak. Apa yang kita boleh buat, try and error different foods. Kita sendiri kena cari makanan apa yang kita tak alah dan boleh makan. Saya dulu try saja semua makanan yang terasa nak try, sampai jumpa apa yang saya boleh telan.

Untuk mengurangkan muntah-muntah, makan dalam kuantiti yang sedikit tapi banyak kali. Satu jam sekali ke. Dan makan apa sahaja yang kita tak alah. Saya dulu makan biskut Jacob Natural tu, yang tak ada rasa tu. Itu antara makanan yang saya boleh telan. Dan ramai juga preggers yang alah teruk tu kata dia boleh makan biskut Jacob Natural ni. Jangan lupa makan biskut atau apa-apa snek sejurus sebelum tidur dan sejurus selepas bangun pagi.

Lemon boleh bantu kurangkan loya, samaada minum atau bau. Elakkan makanan yang boleh mencetuskan muntah, terutamanya makanan berminyak dan berlemak. Dan elakkan menghidu bau-bau yang boleh buat kita muntah. Ada orang kata, kalau panas sangat boleh trigger rasa nak muntah, cubalah elak duduk dikawasan panas dan berbahang. 

Yang penting kita kena makan. Jangan kerana kita tak lalu nak makan, tak ada selera nak makan, kita jadi malas nak makan. Ini ramai preggers yang mabuk teruk suka buat. Malas nak makan. Tak elok untuk kesihatan kita dan bayi. Kesian kan kat bayi, nanti dia tak dapat zat yang secukupnya. Saya dulu memang paksa diri makan waktu alah teruk. Kalau ikutkan hati memang malas makan sebab nanti muntah balik. Jangan fikir macam ini ok. Nak muntah biarlah muntah, so lepas ni kita tahulah makanan tu kita tak boleh makan. Lain kali jangan makan lagi makanan itu, makan yang lain. 

Sabar ok mommies. Sekejap sahaja morning sickness ni. Doa pada Allah semuga kita diberi kekuatan untuk menghadapinya. Bila dah dapat baby, kita akan tersenyum sahaja bila mengenangkan Morning Sickness kita tu.

Note : Saya dulu kalau dah tak tahan sangat loya sampai tak boleh nak fokus buat kerja, saya ambil mc, balik rumah dan tidur. Heheee....

MAKAN PASTA CARA MELAYU

Assalamualaikum.....

Pergi Subang parade sebab nak ke MPH. Sekarang ini tengah ketagih nak beli buku. Ashik beli sahaja, bacanya 2 minggu satu buku. Entah bila baru dapat habiskan semua buku, dari BIG Bad Wolf lagi. Esok plan nak pergi Bookerville kat Putrajaya lagi. Geleng kepala my Dear Loved. Banyak aktivit menarik di Bookerville tu nanti termasuk untuk anak-anak.




Setelah lama mengidam nak makan pizza hut, barulah dapat merasa. Alhamdulillah. Thanks Loved. Order kat bebudah pasta apa ntah namanya, tak ingat. Menu 50% less untuk hari Khamis tu. Kelakar je tengok dia oarng makan camni. Pakai garfu lambat, kata Iffan.






Iffan punya left over. Suka hati je dia susun macam ni. Pas tu dia cakap..... " Mama, amek gambar ni. Lepas tu jangan lupa cakap ni Iffan yang buat." Suruh tulis dalam blog la tu. Macam-macam. Oleh sebab saya cinta bangat sama itu Iffan, saya turutkan saja.

Mac 20, 2014

YOU ALLS MENANG SOALAN TEKA GAMBAR

Assalamualaikum....

Last weekend, sibuk bawak baju dobi ebab takut nak basuh kat rumah. Takut air tak cukup. Teruk juga masalah air kat rumah saya. Kata catu air selang 2 hari, tapi kadang-kadang ada sehari saja ada air, lepas tu tak ada. Kalau basuh kat rumah takut air habis air pulak. So, bertabahlah lepak di dobi DIY.


Dientry ini ada suruh teka saya sedang buat apa. Ada jugak yang cuba jawab, dan kebanyakannya jawab betul. Hheheee... habis, dah nampak duit syiling kan? 

Ada yang teka betul, tapi tak ikut syarat saya. Saya ingin berlaku adil dengan mereka yang jawab dan ikut syarat saya. Saya minta maaf pada yang jawab betul, tapi tak ikut syarat.








Pada yang tersenarai di atas, sila PM saya details anda. Nama, alamat, no telefon di 

https://www.facebook.com/msredcheesecake


Thanks yea you alls yang sudi melayan soalan saya. Heheee...


Mac 19, 2014

GOOD NIGHT LOVE

Assalamualaikum....




Semuga kerinduan ini diredhai Allah. 

Good night love.

TAK TAHU NAK BUAT MACAMANA

Assalamualaikum

Dah macam-macam cara guna dah. Tak boleh juga. Even button Add dekat dashbord tu pun dah try. Tak boleh juga. Macamana nak buat ni?



Cari tutorial pun macam tak jumpa saja. Ada tak yang tahu macamana nak buat?

 

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum....



posted from Bloggeroid

SAYANG, JANGANLAH MOODY

Assalamualaikum....

Pagi tadi, lepas solat Iman bangun. Kalau Iman bangun pagi macam ini, memang lambatlah jadinya pergerakan saya. Waktu yang diambil nak menyiapkan breakfast dan bekal sekolah Iffan dan Ian jadi bertambah lama sebab Iman ni kalau bangun pagi, moody memang dia akan jadi clingy. Ikut je mana saya pergi sambil merengek. 

Kalau saya berhenti layan Iman, memang tak sempat. Nak siapkan Iffan dan Ian lagi. 

Dalam hati rasa geram, mulut terkumat kamit istighfar sabarkan diri dengan kerenah Iman.

Seperti yang diduga, Iffan hari ini keluar rumah lambat sikit. Atok yang tolong hantar Iffan ke sekolah pukul 7 am, 7.15 baru gerak. Kesian atok lambat. Hheeee....

Lepas Iffan keluar, sementara tunggu nak hantar Ian pukul 8 am nanti, barulah dapat bersiap pakai tudung semua. Iman time ini dah ok dah, dah dapat breakfast. Lega sikit.

Biasalah mak-mak, pagi-pagi berkayuh siapkan satu family. Sampai ofis, lepas melayan jem lagi, semput dibuatnya. Hhehee....



Well, that motherhood. Trying to enjoy every minutes of it. Anak-anak ni sekejap saja dah besar, dah kawin, dah ada family sendiri. Time tu nanti, kita tak perlu berkayuh lagi untuk dia orang.

Sunyi? Ermmm....

That is why, while you can, enjoy every chances you get to spend time with your kids. Sebelum dia orang pulak sibuk berkayuh untuk family dia orang sendiri.


Mac 18, 2014

SPECIAL FOR MY TOP COMMENTATOR FEB 2014

Assalamualaikum....


Terima kasih pada you alls semua yang rajin singgah blog saya samaada yang selalu tinggalkan komen di sini atau silent reader atau yang saja singgah lalu-lalu pun. Thanks yea. Saya seronok sangat, thankful dan appreciate it. 

Love you alls.



Alhamdulillah bulan ini dapat share something dengan top commentator msredcheesecake bulan Febuari 2014. Awal bulan hari itu dah announce dah list 10 top commentator msredcheesecake, last week dah poslaju gift dan dah selamat sampai pada Cik Anum.


yang hijau tu luggage tag ... saya tengok Anum suka travel, so belikan tag yg cute tu...

Harap Cik Anum suka lah yea.







PERKARA YANG BOLEH BUAT AGAMA KITA HILANG

Assalamualaikum....



Ketahuilah bahawa agamamu akan hilang disebabkan empat perkara :
1. Kamu tidak mengamalkan apa yang telah kamu ketahui.

2. Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui.

3. Kamu tidak mahu berusaha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, sehingga dirimu tetap bodoh kekal di tahap itu.

4. Kamu melarang manusia untuk berusaha mengetahui apa yang mereka tidak mengetahuinya.

(Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani)

Sumber


Mac 17, 2014

NGAKU JE LAH

Assalamualaikum....

Masih jauh lagi yang ditunggu-tunggu tu. Kena pujuk hati supaya bersabar menunggunya. InsyaAllah pasti berjumpa.



During lunch time tadi, bukan sebab diet tapi sebab malas nak turun beli makan, saya lunch biskut kering cicah milo saja. Sambil tu boring-boring layan Mr Google. Tiba-tiba tertaip benda ni pulak....



You alls pun mesti pernah buat kan? Saya tak adalah google nama sendiri, suka google nama blog je sambil perasan blogger femes ala-ala Cik Yuyu dan Cik Epal. Please dont hate me. Hheee.... Seronok apa sekali sekala layan benda ni sambil sengeh-sengeh.


COLOR OF THE YEAR 2014

Assalamualaikum....


Sejak tahun 2000, Pantone Color Institute™ telah menetapkan satu Color of the Year untuk menyatakan warna apa yang sedang trending dalam Zeitgeist global. Satu warna yang sedang popular di seluruh dunia,  PANTONE Color of the Year mencerminkan apa yang orang cari, apa yang mereka merasakan mereka perlu yang warna boleh membantu untuk menjawab. Tidak semestinya warna hot fesyen masa kini, tetapi warna menyeberangi semua bidang reka bentuk yang merupakan ungkapan perasaan, sikap, di pihak pengguna.

Warna untuk 2014? Menawan, ajaib dan mempesonakan Radiant Orkid. Jemputan untuk inovasi, moden dan serba boleh Radiant Orchid menggalakkan kreativiti dan keaslian. Disemai dengan keharmonian Fuchsia, undertones ungu dan merah jambu, Radiant Orchid memberi inspirasi keyakinan dan undertones cerah yang berpunca kegembiraan, kasih sayang dan kesihatan.





Since 2000, the Pantone Color Institute™ has been designating a Color of the Year to express in color what is taking place in the global zeitgeist. A color that will resonate around the world, the PANTONE Color of the Year is a reflection of what people are looking for, what they feel they need that color can help to answer. Not necessarily the hot fashion color of the moment, but a color crossing all areas of design which is an expression of a mood, an attitude, on the part of the consumers.

The color for 2014?  The captivating, magical and enchanting Radiant Orchid. An invitation to innovation, modern and versatile Radiant Orchid encourages creativity and originality. Imbued with a harmony of fuchsia, purple and pink undertones, Radiant Orchid inspires confidence and its rosy undertones emanate great joy, love and health. 















Mac 15, 2014

TEKA BETUL DAPAT HADIAH

  Assalamualaikum.....

Happy weekend peeps.

Syukur Alhamdulillah pagi ini tengok jerebu dah berkurangan sangat. Semalam hujan, walaupun sekejap sahaja, mampu mengurangkan jerebu teruk semalam. 

Project weekend ni, selain daripada rutin biasa basuh baju [walaupun tak ada air], lipat baju, jadi cikgu/ustazah anak-anak, kemas rumah, saya nak try habiskan baca buku yang saya baru beli last week. This is the first time I read John Green's yang orang kata best sangat tu. Nak juga tahu kenapa buku-buku John Green ni popular.



Mampu ke tak saya habiskan, just wait and see. Sambil tunggu rutin weekend selesai, saya baca buku ini.

Cuba teka saya sedang buat apa atau kat mana ketika gambar buku ini diambil? 

Sape dapat teka dengan tepat, saya kasi something. Kalau ramai yang betul, mungkin saya pilih guna Mr Random. 

Cara nak jawab. Like FB Msredcheesecake kat sebelah atas kanan tu. PM saya jawapannya di FB Msredcheesecake tersebut. Jangan lupa tinggalkan url blog ok. Thanks.

Have fun you alls, and keep praying.



I blog with BE Write

Mac 14, 2014

HADIS : DENGAN SELAWAT DIAMPUNKAN DOSA

  Assalamualaikum....

Dalam sebuah Hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda,

"Sesungguhnya Allah SWT, telah menciotakan malaikat dengan memiliki sebuah sayap di dunia Timur dan sebuah sayap lagi di dunia Barat, kepalanya di bawah Arasy dan kedua-dua kakinya di bawah bumi yang ke tujuh, juga mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah SWT. Lalu apabila ada seorang lelaki atau perempuan dari umatku mengucapkan selawat kepadaku, maka Allah SWT memerintahkan kepada malaikat itu untuk menyelam ke dalam laut dari cahaya di bawah Arasy. Dari dalam laut kemudian ia keluar dan mengibaskan sayapnya. Maka menitislah percikan air dari setiap bulunya dan Allah SWT, menjadikan dari setiap percikan air itu keampunan bagi dirinya (orang yang membaca selawat ) sampai hari kiamat."

Buku 'Penenang Jiwa : Pengubatan & Rawatan. Imam Al-Ghazali.'


Salam Jumaat saudara-saudaraku. Perbanyakkanlah selawat ke atas Junjungan kita hari ini ye. Semuga kita semua mendapat syafaat darinya. InsyaAllah.

I blog with BE Write

BREAKFAST UNTUK BOYFRIENDS

  Assalamualaikim.....





Alhamdulillah rumah dah ada air, tapi tak tahu bila nak tak ada air balik. Katanya dua hari ada dua hari tak ada. Bersedia sajalah. Sedap sikit mandi, tak adalah mandi setengah baldi air je. Heheee.....



Saja nak share bekal breakfast Iffan dan Ian. Selama ini Ian tak pernah bawa bekal sebab kindy memang sediakan breakfast. Tapi sebab takut tak ada air di kindy dan dia orang tak dapat sediakan breakfast, preparelah bekal Ian sekali. 

Menu : Roti cheese sosej, anggur dan puding. 

Hantar Iffan dan Ian sekolah dengan pesanan, " Mesti habiskan bekal tu. Sape tak habis siap kena cubit nanti." Hahaaa.... Pesanan ke paksaan.





I blog with BE Write

Mac 13, 2014

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum....

Iffan hari ini start peperiksaan Sekolah Agama sampai Jumaat minggu depan. Saya memang berharap sangat Iffan dapat jawab dengan baik. Saya tak pandai sangat sekolah agama dulu, saya harap biarlah Iffan lagi pandai dari saya. Dia lelaki, nak jadi suami dan ayah pada keluarga dia nanti, ilmu kena cukup baru boleh jadi pemimpin keluarga yang baik.

Saya nak share Doa untuk Anak yang Menghadapi Peperiksaan. Semuga dipermudahkan Allah, insyaAllah.



Disarankan sebelum baca ambil wudhu dan mengadap kiblat sewaktu baca.


SPONTANEOUS THURSDAY

Assalamualaikum....



" The Quran is the only book where the Author is in love with the reader."

Dalam tu Allah dah pesan jangan buat itu jangan buat ini. Buat itu, ini kena buat. Sebab apa? Sebab Dia sayang kita dan tak nak kita menzalimi diri kita sendiri.

Kenapa kita susah nak dengar? Susah nak ikut?

Setiap saat kita kena berjihad, berperang dengan hasutan syaitan dan hasutan hawa nafsu kita sendiri. Semuga Allah beri kita kekuatan untuk melawan hasutan, sesungguhnya kita ini hamba yang lemah, hanya Allah yang boleh memberi kita kekuatan.

Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah.

Semuga aktiviti perbomohan ini tidak menjadi hijab antara doa kita dengan Allah.



Mac 12, 2014

WORDLESS WEDNESDAY



  


I blog with BE Write

MENU TAK NAK BASUH PINGGAN

  Assalamualaikum....

Setiap hari Ian Syamie breakfast kat kindy. Dia tak mahu breakfast kat rumah. Dia nak breakfast dengan kawan-kawan katanya.




Di taman perumahan saya dah start tak ada air since last Monday. Hari ini dah tahap kritikal. Pagi tadi tiba-tiba teringat nak tanya Ian kat kindy ada breakfast lagi tak? Mesti kindy dia tak ada air jugak. Macamana nak prepare food kan.

Ian cakap semalam tak ada. Haritu pun tak ada. Mungkin dari hari Isnin lah kot. Aduss... Nape tak terfikir nak tanya dari hari Isnin. Ian pulak tak cakap apa-apa. Kesian dia tak makan pagi. 

Pagi ini kenalah prepare breakfast Ian ke kindy. Dia macam biasalah tak nak breakfast di rumah.






Menu tak nak basuh pinggan mangkuk sebab tak ada air dah di rumah. Coco crunch pun letak dalam plastik je. Petang ni kalau tak ada air jugak kenalah saya merempat kat tempat lain tumpang mandi solat semua. 

Redha dengan ujian Allah. Berikanlah kami kesabaran dalam menghadapi ujian Mu dan ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah.



I blog with BE Write

ALL TIME FAVOURITE