Assalamualaikum....
Bila
terbaca kisah penceraian artis atau terbaca statistik penceraian di
Malaysia yang semakin meningkat, ramai yang jadi ragu-ragu dengan
perkahwinan. Ada yang jadi tak percaya yang perkahwinan kita akan
bahagia sehingga hujung nyawa. Jadi takut untuk berkahwin.
Macamana caranya kita nak mengekalkan kebahagiaan dan usia perkahwinan kita? Ada macam-macam teori, cadangan dan tips yang kita dah dengar dan baca. Yang mana satu berkesan bergantung kepada banyak perkara samada di dalam diri kita sendiri atau di luar, persekitaran kita.
Walau apa formula yang kita guna, jangan lupa teruskan dan sentiasa berkenalan dengan pasangan kita. Manusia berubah. Hari ini suami kita suka makan kari kambing, esok lusa mungkin berubah, suka makan ayam panggang.
Kalau kita leka dengan menganggap kita dah lama bersama pasangan dan dah kenal sangat dengan pasangan, kita tak sedar yang dia dah berubah.
Kita masih masak kan kari kambing untuk suami sedangkan sekarang ini
dia sangat suka ayam panggang. Macamana kalau suami bosan?
Contoh ini sangat simple dan mungkin ada yang beranggapan ianya remeh.
Bagaimana
pula kalau suami yang dulunya tak suka dimanjakan, tapi sejak
akhir-akhir ini, seiring dengan peningkatan usianya, dia berubah jadi
suka kan perhatian dari isteri. Kalau isteri leka dan tak sedar kegemaran baru suaminya yang suka dimanjakan, apa akan jadi? Suami bermanja dengan orang lain?
Jangan leka beranggapan kita dah kenal pasangan kita luar dalam dan dia tak akan berubah. Oleh kerana manusia boleh berubah, kita janganlah berhenti berkenalan dengan pasangan kita.
Dan, jangan lupa doa.
- Posted using BlogPress from my iPad
20 ulasan:
betul..kadang perangai berubah2..dulu suami sy serius sikit..sekarang makin menjadi2 kelakarnye..smpaikan bile kat ofis pon rasa tak sabar nak balik rumah bergurau dgn suami..haha
Betul tue.. walaupun dah berbelas tahun kawin tapi kena setiasa rasa seperti baru pertama kali berkenalan..baru bertambah erat kasih sayang yer tak.. =D
nice entry kak.. berguna utk mase depan anis nt..inshaALLAH.. :)
betul.
x kenal maka tak cinta..
bila dah lama kahwin, makin bnyk yg kita x tau pasal dia.
X dok suami..... waaaaaa :(
Btul tu...sentiasa belajar ttg dirinya....
Tips yang bagus teruskan berkenalan dengan suami, update keperluannya sepeti keperluan bayi bertukar semakin membesar, begitu juga yang dewasa berubah kann. Isi keperluan itu, sebagai isteri biarlah kekal lemahlembut kerana suami tetatp ingin menjadi hero walaupun tak seberapa jadi tunjukkan kita memerlukan suami sambil mengisi keperluannya.
nice sharing.. :) tq..
kena buat suami hari-hari jatuh cinta dengan kita.. :)
Assalamualaikum kak. wahh bagus sangat entri ni... kena sentiasa naikkan seri bercinta dalam rumahtangga ~~~
betul ckp u tu sis...
jgn leka dan amik mudah...
dan jgn lupa berdoa padaNya...
Hati orang susah nak bacakan..rasa macam dah kenal tapi kadangkala macam tak kenal..so kena terus berkenalan..he..he
yup,betul tu..IbuNoey pun kadang-kadang perasan perubahan AyahMal. terutama tang selera tu. hehe..
betul tu setiap hari kita mesti belajar benda baru tentang pasangnan kita
betullah..tq sbb ingatkan.
Betul tu msred. Suami cinta halal kita. Kena terus bercinta dan mengenali dia sehingga ke penghujung hayat kita.
hehehe.. sekarang adalah sikit perubahan pada en. suami.. dulu tak suka itu, sekarang dah suka.. jadi sebagai isteri kena alert jelah.. ;)
Moga kita semua kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendakNYA.
Kena saling cinta-mencintai kerana Allah.
Selalunya kita fikir bila dah lama berkahwin, kita dah kenal hati budi suami. Dah tahu apa yang disukai dan apa yang dibenci. Tapi kita terlupa yang manusia boleh berubah. Betul kata-kata Msred nih - jangan berhenti mengenali suami kita sendiri.
betul tu.thanks msred sbb berkongsi.masih byk yg perlu diperbaiki.walaupon usia perkahwinan makin menginjak
nice entry kak. lagupun saya dah 18 tahun , bole dah baca kisah macam nih . hehehe xD
Catat Ulasan