Assalamualaikum.....
Entah kenapa, saya kasihan melihat kebanyakan anak-anak sekarang tahu favorite color artis k pop tapi tak tahu favorite color mak abah. Apa pelakon tu suka makan, tahu. Tapi apa mak abah suka makan tak tahu.
Saya juga kasihan bila lihat mak abah risau sangat kalau kereta mewah mereka calar, tapi bila cikgu anak-anak mereka mengadu yang anak mereka dah mula mencuri di sekolah, mak abah buat tak tahu saja. Bila anak tak balik rumah sehari, tak ada rasa risau, tapi kalau jam rolex mereka hilang, on the spot buat report police.
Kita manusia biasa. Paling suka kejar kegembiraan sementara walhal bahagia kekal ada depan mata. Sibuk kejar kegembiraan sementara, tak sedar bahagia abadi laju tercicir dari genggaman.
Bila nak sedar?
Bila dah habis berciciran.
Kita selalu rindu bahagia yang abadi bila ia bukan milik kita lagi.
24 ulasan:
sokong dengan apa yang akak katakan
realiti kehidupan sekarang kak..org luar jadi idola..
thx..
kena muhasabah diri lah kalau mcm tu sis..
great entry
insyallah
smoga kita muhasabah diri kita
dr segala aspek..cuma manusia ni kdg2 dia alpha kejap..pas2 baru sedar..
Ini y buat sy pening dn geleng kepala tgk org y serba serbi tahu mengenai artis kegemaran mereka dr a to z...banyaknya d klangan remaja...
sy pernah sekali bg hadiah baju warna hijau. hijau adalah warna yang paaaaaaaaaling mak xsuka..tp nk ambil hati mak pakai jugak hihi...
http://umiadamfaris.blogspot.com/
Sangat setuju dengan Msred. Sememangnya kita ni hidup dalam dunia yang materialistik. Yang sementara itu dikejar tak mahu keciciran, yang kekal abadi itu bila hilang barulah menyesal.
Betol2 ... me pun selalu rasa cenggitu ... kenapa lah di biarkan ... & kenapa ... tapi xde pasangan lagi .. susah nak letak diri di dalam kasut org yang dh berkeluarga ...
kilau cahaya yg tak pasti tu kita kejar.
dah dapat tak hargai.
wah... betul jugak situasi tu... ada perasan sesetengah tu yang macam tu... Sebab tu bila baca entri macam ni, boleh buat kita sedar... sebab kita memang kerap hilang fokus disebabkan sesuatu yang lain... Harap semua yang baca juga ambil iktibar... :D
Teringat kat anak-anak saya melukis kat kereta... tak dak duit banyak nak cat lain, pergi wax jer bagi tak nampak sangat... tapi sebab bukan BMW, tak berapa nak marah teruk-teruk..marah sikit-sikit jer... beringat sebab pernah tengok satu video klip menyedihkan pasal anak dia jadi kudung kena bantai pasal lukis kat kereta... :D
bila dah tak ada baru trsedar..nauzubillah minta dijauhkan perkara mcm nie.
renung renungkan
setuju tu..kita banyak risau tentang harta benda, tapi selalu mengabaikan orang tersayang..terasa insaf..
kalau alise pergi kedai mesti pk ape yang mak bole makan (sebab mak pantang.. ade gatal2) ape yang mak suka makan.. kadang sampai ketepikan hak sendiri..
bila hilang baru terasa ketiadaannya D:
bila hilang baru terasa ketiadaannya D:
bila ada depan mata xreti hargai..tapi bila dh hilang, baru tercari2.. hargailah insan yg tersayang terutama ibu bapa..
Peringatan untuk diri saya jugak..anak-anak sekarang dah banyak ketinggalan..kita kena perbetulkan sebelum terlambat..
budak2 baru nak kenal dunia luar kan....mcm tu la jadinya....
yee laaa kak , zaman sekarang susah nak di tapsirkan sifat mereka. *taktermasuk saya eh. hehe . sedih juga laa, nasib saya xtergolong.
Kita sbg manusia selalu leka dan abaikan perkara yg patut kita utamakan.
*emo dan sentap* bila baca post msred nii. :(
Sama2 kita renungkan... Mintak2 dijauhkan dari semua tu... ^__^
Catat Ulasan