Morning sickness, salah satu ujian yang kebayakan wanita harus tempuh sebelum dianugarahkan baby yang chumels. Ada segelintir yang tak rasa, tapi kebanyakannya rasa. Cuma bezanya, ada yang teruk dan ada yang kurang teruk.
Di sini saya nak share tips untuk menghadapi morning sickness ni. Tips berdasarkan pengalaman sendiri, pembacaan dan pengalaman orang sekeliling saya.
Selalu preggy mengadu tak dapat makan sebab makan saja keluar balik. Yang ini memang susah nak elak. Apa yang kita boleh buat, try and error different foods. Kita sendiri kena cari makanan apa yang kita tak alah dan boleh makan. Saya dulu try saja semua makanan yang terasa nak try, sampai jumpa apa yang saya boleh telan.
Untuk mengurangkan muntah-muntah, makan dalam kuantiti yang sedikit tapi banyak kali. Satu jam sekali ke. Dan makan apa sahaja yang kita tak alah. Saya dulu makan biskut Jacob Natural tu, yang tak ada rasa tu. Itu antara makanan yang saya boleh telan. Dan ramai juga preggers yang alah teruk tu kata dia boleh makan biskut Jacob Natural ni. Jangan lupa makan biskut atau apa-apa snek sejurus sebelum tidur dan sejurus selepas bangun pagi.
Lemon boleh bantu kurangkan loya, samaada minum atau bau. Elakkan makanan yang boleh mencetuskan muntah, terutamanya makanan berminyak dan berlemak. Dan elakkan menghidu bau-bau yang boleh buat kita muntah. Ada orang kata, kalau panas sangat boleh trigger rasa nak muntah, cubalah elak duduk dikawasan panas dan berbahang.
Yang penting kita kena makan. Jangan kerana kita tak lalu nak makan, tak ada selera nak makan, kita jadi malas nak makan. Ini ramai preggers yang mabuk teruk suka buat. Malas nak makan. Tak elok untuk kesihatan kita dan bayi. Kesian kan kat bayi, nanti dia tak dapat zat yang secukupnya. Saya dulu memang paksa diri makan waktu alah teruk. Kalau ikutkan hati memang malas makan sebab nanti muntah balik. Jangan fikir macam ini ok. Nak muntah biarlah muntah, so lepas ni kita tahulah makanan tu kita tak boleh makan. Lain kali jangan makan lagi makanan itu, makan yang lain.
Sabar ok mommies. Sekejap sahaja morning sickness ni. Doa pada Allah semuga kita diberi kekuatan untuk menghadapinya. Bila dah dapat baby, kita akan tersenyum sahaja bila mengenangkan Morning Sickness kita tu.
Note : Saya dulu kalau dah tak tahan sangat loya sampai tak boleh nak fokus buat kerja, saya ambil mc, balik rumah dan tidur. Heheee....
21 ulasan:
nak komen ape ek...hmmm
alhamdulilah dah lepas morning sickness..:)
akak terima kasih sebab share,aah betul kata akak,azie dh try makan biskut jacob so far alhamdulilah ok tak rasa loya..tq sis
dah lama x ngandung....9 tahun dah...hehehehe.....x ingat plak macam mana rasa morning sickness...kalau la boleh rasa pengalaman tu lagi sekali kan...
belom penah cik rasekan alahan mcm tu...Allah belom nak cik rase sume tu...hiiihih..
tapi tak sabo pulak cik nak rase alahan preggy ne...kikiki
mmg eloknya mc je tdo kikikiki
Alhamdulillah..sy dah nak masuk 5 bulan..dah xde lagi morning sickness ni.. =)
Tips yg bgus...btl2 kn cr bnda yg boleh msuk tekak huhu
masa preggy dulu, langsung tak boleh bau liquid shower gel.. terpaksalah ganti ke sabun buku.
macam2 rupenya bila preggy ni kan,
thanks share,boleh la buat panduan bila tiba masanya nanti..hehee!
Kak ina dulu takdenye alah amende..semua habis telan..tu yang naik berpuluh kg tu..pastu pengsan nak turunkan balik..hehe..
perkongsian y menarik..baru sekali pengalaman preggy & alhamdulillah takde mabuk..akan datangke 2 ke 3 tak tau la
ada tu makan tak boleh ada aji no moto. kalau ada mesti muntah. paling kelakar ada apek pakai baju tulis 'aji no moto' dia boleh muntah on the spot. haish
Tips yang sangat baik untuk bakal2 ibu muda...
Bunda dulu tak sangat...cuma tak suka bau nasi yang sedang melegak dan bau bawang...loya...pening..
jadinya jaranglah masuk dapur...boli jerlah memanjang..
motif?
anak dah tiga dah ni..tp mungkin boleh suruh org rumah baca artikel nih..hihihi..
salam mSred..
time cma dulu merasa juga morning sickness ni.. tp biasa2 saja..
hehe..pengalaman..
tenkiu 4 sharing
Alhamdulillah tak pernah rasa morning sicknes masa mengandung..tapi nak makan je..akan datang tak tahulah..
Assalamualaikum kak.. sheila pun try and error. alhamdullilah. tak sampai 2 bulan, alahan hilang pastu berat badan melampau naik. hihiii ;p
nice one akak msred :)
Siapa yang alah tak mau makan. Kena bagi artikel ni suruh diorg baca.
ena baru je melepasi fasa morning sickness ni..alhmdulillah getting better...cara ena kurangkan loya, konsisten paksa diri makan suplimen hamil setiap hari dan mkn buat tembikai..buat mcm makan nasi tu..1 biji tu boleh habes 2 kali mkn je.haha
Catat Ulasan