Salam you alls,
Kalau terjadi hubungan lelaki dan perempuan tanpa nikah yang sah dan kalau sampai melahirkan anak, anak itu bukan anak haram. Yang haram adalah perbuatan ibu bapanya (zina) sehingga melahirkan dia, tapi anak itu bukan anak haram.
Dalam Islam, tak ada hukuman untuk anak ini. Yang menghukum anak ini adalah kita, manusia sendiri. Di sisi Allah SWT, semua manusia sama sahaja, tak ada bezanya termasuklah anak ini. Kita manusia yang pandai-pandai melabelkan anak ini sebagai anak haram. Kita hina anak ini, kita ejek dia dan kita sukarkan hidup dia.
Anak ini tak salah, yang salah ibu bapa dia. Semua orang tahu kenyataan ini. Tapi kenapa kita masih menghukum anak ini dengan kejian sedangkan yang berseronok melakukan kesalahan adalah ibu bapa dia? Kenapa kita tak panggil sahaja ibu bapa anak ini ibu haram, bapa haram. Kenapa kesalahan dan hinaan diletakkan di bahu anak ini.
Tolonglah berhenti memanggil anak ini dengan panggilan anak haram sampaikan trauma dan tertekan mereka. Kita sepatutnya bimbing anak ini supaya dia tak melakukan kesalahan seperti yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Kita hukum ibu bapa anak ini cukuplah. Jangan hukum anak ini.
- Posted using BlogPress from my iPad
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ALL TIME FAVOURITE
-
Salam you alls, Setiap malam sebelum tidur, kita mesti ada rutin kita sendiri kan? Ramai yang rajin follow rutin yang dia dah tetapkan....
-
Salam tou alls, اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ Tunjukilah kami jalan yang lurus. Sepanjang umur kita, berapa kali kita terpaksa membuat ...
-
Salam you alls, Kalau terasa diri tak berapa nak matang tapi berminat nak berubah dan belajar jadi matang, bolehlah try jadikan simple tip...
-
*STICKY POST* Salam you alls, Sudah 26 hari puasa. Lagi berapa hari nak raya. Seronok tengok kawan-kawan dah mula bersedia nak bal...
-
Assalamualaikum.... Sebelum ini kita selalu kehabisann bateri smartphone kita di luar dan sukar nak charge bateri terutamanya waktu outing...
10 ulasan:
Mungkin 'anak haram' itu adalah singkatan daripada 'anak hasil hubungan yang haram'.
ape pun, bayi yang lahir memang tiada dosa dan bersih.
aah la kan..thx for the entry..bru terbuka mata.. :)
btol ..kesian anak2 tuh diorg x bsalah...yg bsalah mak bapak diorg...
agreed with u..
betoi jugak. cian anak2 ni kan. selalu depa la jadi mangsa sebab mak ayah depa dlu. nadh ada sorang.. kenai jugak aa. cian dia.. tapi anak tu baekk sgt.. rajin. solat suma terjaga. ibu dia pn baik. mgkn kesilapan dahulu. skg berubah dah.. tak baik kita ni kan msred.
kiter manusia mmg suka menyalahkan sesuatu yg kiter nmpak di luaran . ksian bayi yg xberdosa tu..
kesian anak2 yang x berdosa menjadi mangsa
org len buat slh,org len t'paksa nanggung nyer
memang..tapi masyarakat kita bagai dah terbiasa..asal anak luar nikah..anak haram la tu..
sian budak tu..dia x tau apa2 pn..hukkk
Kadang2 menitik air mata bila dengar org panggil anak tu anak haram....sedih sgt bila fikir apa yg anak2 ni akan tanggung bila membesar nanti....
Catat Ulasan