Ogos 31, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : SELAMAT HARI MERDEKA KE 54


SATU SYAWAL 2011

Salam you alls,

Macamana raya tahun ni? Meriah? Suam-suam? Harap-harap biarlah semuanya berpeluang bergembira dalam apa cara sekali pun asalkan dengan cara yang betul.

Raya pertama msred biasa je. Di Shah Alam. Selepas sarapan dan sesi bergambar dengan keluarga msred kat rumah mak msred, kemudian pergi menziarahi mereka yang dah tiada. 


                                            

Destinasi kedua lepak raya di rumah kakak ipar msred di Shah Alam jugak. Mak mertua beraya di kampung suaminya, Kelantan. Di rumah kakak ipar msred je
seharian sampai malam. 



Nak pergi rumah saudara yang lain, dia orang berada di kampung dia orang. Kawan-kawan msred pun beraya di kampung masing-masing. Seperti raya tahun-tahun yang lepas, msred sekeluarga lebih banyak lepak je daripada beraya. Nak beraya kena tinggu saudara mara dan kawan msred balik ke kota semula dulu. Kesian msred kan. Layan tv je sambil mengunyah ketupat dan rendang.



Siapa nak buat puasa enam? Bila nak start?

Ogos 30, 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA UNTUK KAWAN-KAWAN

*STICKY POST*


Salam you alls,

Sudah 26 hari puasa. Lagi berapa hari nak raya. Seronok tengok kawan-kawan dah mula bersedia nak balik kampung. Ada yang drive sendiri. Ada yang naik public transport. Tak kisahlah cara apa kita guna nak balik kampung, keselamatan diri kena jaga.

Bagi yang drive sendiri, keselamatan orang yang pulang dengan kita tu pun kita kena ingat. Jadilah pemandu yang berhemah. Jangan ikut kata hati, amarah kena kawal. Jangan jadi orang pentingkan diri sendiri. Cuba berbuat baik dengan pemandu lain. Kalau dia bala baik, kita terima. Kalau dia tak balas atau balas tak berapa baik, kita tak rugi. Banyak kita dapat.

Bagi yang naik public transport, jangan lupa keselamatan diri. Hati-hati dengan manusia yang berniat tak baik. Jangan mudah percaya strangers. Jangan tidur mati nanti kena rompak pun tak sedar. Doa jangan lupa. Msred doakan semuga selamat sampai dan dipermudahkan urusan.







Dikesempatan ini msred, mr bf dan si kecik kiut bertiga tu nak mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Semoga kita dapat menikmati Syawal kita dengan cara yang Allah SWT suka. Have fun during raya tapi jangan berlebih sangat. Jangan lupa cium tangan mak abah, suami. 

Boyfriend nak cium tangan jugak ke? Cuba tanya mak abah you alls, boleh ke cium tangan boyfrined? Kalau mak abah kata boleh, silakan. HHeeehhee...




Kalau nak bagi duit raya biar sekadar termampu bukan nak menunjuk-nunjuk siapa bagi lagi banyak. Yang penting ikhlas, baru dapat pahala sebab kita bagi orang happy. Kalau tak ikhlas, tak dapat pahala, duit keluar pulak tu. Rugi. Ikhlas tau bagi duit rayanya.

Sekali lagi, selamat hari raya maaf zahir batin kalau ada terkasar bahasa atau lawak msred. Enjoy your raya.


Ogos 29, 2011

ORANG SEKARANG TAK PANDAI

Salam you alls, 

Masa shopping tadi sempat singgah beli ketupat palas dan rendang sikit untuk berbuka. Ada satu kedai ni kat PKNS Shah Alam ramai yang singgah beli. Terus hati kata, mesti sedap ni.

Masa tengah tunggu order tu, dengan selamba je mr bf cakap...

"Orang sekarang tak pandai masak rendang. Semua beli je. Tengok." sambil tangan mr bf unjuk permbeli kat kedai rendang tu yang semuanya orang muda, takde orang tua pun.

Sepantas kilat terasa hati msred. Yea, msred tak pandai masak rendang. Ntah mr bf perli msred ke apa ke tatau la. Tak pe, nanti raya msred suruh mr bf minta maaf dengan msred.

PETANG, MALAM RAYA

Salam you alls,

Malam terakhir, malam sebelum Syawal, msred and family sempat lagi bershopping. Merayau di Plaza Shah Alam dan lepas tu beli kasut raya msred, baju melayu mr bf di SACC Shah Alam. 


Rumah siapa ntah... tutup je pintu...

Plaza Shah Alam

SACC Shah Alam...baju raya untuk raya kedua...murah...

Malam, msred berbuka dengan mak dan adik msred kat rumah mak msred. Ni gambar si kecik kiut Iffan, Ian dan anak buah msred, Adam.
bakal ustaz....yang tengah tu ustaz hensem in the making
 Lepas berbuka, tunggu pengumuman la.....update : Esok, 30 Ogos, RAYA.

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA YANG POPULAR

Salam you alls,

Menjelang puasa, raya aidilfitri dan raya aidiladha, dialah yang kita tunggu-tunggu depan tv nak tau bila puasa,bila raya. Waktu-waktu ni dia popular sangat. Semua muslim Malaysia tunggu dia.

Dari Januari 1989 hingga Januari 2011 kita tunggu Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah untuk bagitau kita bila puasa dan bila raya. 

source
Tahun ni, start Januari 2011, kita akan tunggu Y. Bhg Datuk Syed Danial Bin Syed Ahmad. Malam ni kita tunggu Datuk Syed Danial ni bagitau bila raya, esok ke lusa ke. Lepas tu pakat-pakat sorak.

source

Note : Kalau esok raya,jangan lupa pergi sembahyang raya esok. Gosok baju siap-siap malam ni supaya esok tak kelangkabut.

TIPS POTONG DAGING

Salam you alls,

Dah sampai kampung? Sibuk masak ke, kemas rumah ke, sibuk shopping lagi?

Msred baru je habis siang daging 5 kg nak dibuat rendang untuk seluruh keluarga msred makan 1 Syawal nanti. Part potong daging dan sediakan bahan rendang je msred buat, yang masak mak msred. Heehheee....Mak msred punya rendang jauh lebih sedap dari msred punya rendang. 

So, tiap tahun msred cakap, " ...... (nama manja msred dengan mak) sediakan daging dan bahan rendang, mak masak ok?"

Mak msred dalam terpaksa cakap, " Yelah." Dalam hati dia mesti cakap....'hampeh tul. Tak guna ada anak perempuan. Dah kawen pun suruh aku masak rendang raya.' Heee...... Nanti bagi duit raya kat mak. Love u.





You alls, nak potong daging ni ada caranya yang patut kita ikut supaya daging tu nanti lembut, takde lah liat dan menyusahkan orang yang giginya tak cukup kuat nak mengunyah daging liat (bukan gigi msred).



Kalau nak senang potong daging, lepas keluarkan dari peti ais, biarkan dia sampai separa beku. Kalau daging tu ala-ala keras/beku sikit, daging lebih senang dipotong dari kalau dia tak beku langsung. Then, kita tengok arah urat daging tu. Uratnya line kaler putih kat daging macam kat gambar atas. Kalau tak tahu macamana nak tengok, tanya mak you alls. Mesti dia tahu. Make sure kita potong daging tu merentas uratnya. Jangan potong ikut arah urat dia, nanti dagingnya tak lembut. Potong pun janganlah besar sangat, potong size kecik comel je.

Cara lain yang msred guna kalau nak daging lembut, msred masak guna preasure cooker. Lembutlah daging tu walau pun tak potong merentas urat.

Note : Sakit tangan siang daging 5 kg. Tapi tak pe. Nanti dapat makan rendang mak msred yang lazat sampai menjilat pinggan tu.

Ogos 28, 2011

28 RAMADHAN, MASIH RAMAI YANG BERBUKA DI KOTA

Salam you alls,

Hari yang ke 28 Ramadhan. Msred maih di sini, di kota. Memang beraya kat sini. Bosan kat rumah. Lepas siang daging dan kemas rumah, msred dan family pergilah jejalan ke PKNS Shah Alam. Cengini jam nya lagi. Masih ramai orang. Ingat semua dah balik kampung raya. Rupanya masih ramai kat sini.


Tak jadi pergi PKNS sebab tak de parking. Terus pergi Plaza Shah Alam kat Section 9. Lengang sikit. Tak ramai orang. Shopping sikit-sikit je.



Sebelum tu pergi booking tempat duduk untuk berbuka puasa nanti. Kat Pak Long Kopitiam, Plaza Shah Alam. Baru pukul 5 pm. Sempat lagi tengok-tengok baju, tudung.


Pukul 6.30 pm mak msred and my younger brother sampai. Ni last-last puasa ni belanja mak dan adik msred berbuka. Sampai je kat kedai makan, semuanya dah terhidang. Mengadap makanan selama 10 minit sebelum berbuka. 

Makan untuk 4 orang dewasa dan 2 kanak-kanak RM 98. OK kan harganya. Semua lauk licin tinggal pinggan. Nasi je ada yang tak habis. Sedap jugak, berbaloi dengan harga.

Note : Masih ramai kat sini. Tak tahulah dia orang balik kampung esok ke lepas kerja atau dia orang senasib dengan msred tak de kampung.

MANA DATANGNYA ORANG LELAKI NAMPAK BUNTUT PEREMPUAN GAMES NI?

Salam you alls,

Cuba tengok referral keywords ni. Mesti orang yang search keywords ni frust sebab tak kan jumpa artikel ni dalam blog msred. Konfius betul serach ni boleh terarah masuk ke blog msred yang sopan ni. Nasib baik sorang jer. Kelakar pun ada.



Note : Aktiviti hari ni siang daging lima kilo untuk dibuat rendang malam raya nanti. Sambung shopping tak habis lagi. Pergi rumah my mom in law nak salam cium tangan sebab dia dah nak balik kampung my step father in law di Kelantan.

KALAU JUMPA BASKERS

Salam you alls,

Pernah tak jumpa baskers atau penyanyi jalanan? Tengah jalan-jalan kat Bintang Walk ke? Tengah makan kat gerai ke? Pernah tak? Best tak dia orang ni?



Msred pernah jumpa. Tak selalu tapi pernah la jumpa waktu sedang makan kat gerai sekitar kuala lumpur. Seronok layan dia orang ni. Kadang-kadang suara dia orang tak de lah sedap sangat. Tapi mungkin keramahan dia orang dan oleh sebab dia orang sporting yang membuatkan dia orang menarik.

Baskesr ni memang peramah, suka menegur pengunjung gerai yang menjadi tempat sinngah dia orang. Sporting sangat sebab kalau ada pengunjung gerai yang minta dia orang jangan ganggu pengunjung, tanpa banyak soal baskesr ni akan beredar. Tak de lah dia orang marah-marah.

Ada diantara baskers ni yang akan terima pemberian wang pendengar musik diaorang sebagai penghargaan untuk bakat dan keramahan baskers ni. Ada yang terus terang kata mereka tak ambil wang pemberian pendengar. Mereka menyanyi kerana minat dan suka-suka, bukan sebagai punca rezeki mereka.

Masa msred first time jumpa, sebab teruja mendengar persembahan baskers ni, msred siap request lagu lagi. Dia layan. Sportingnya. Best.

Kalau you alls terjumpa baskers ni kat mana-mana, you alls nak tak request lagu? Nak tak bergambar dengan dia orang? Ke tak layan?


Ogos 27, 2011

BURUKNYA MAKAN KUEH BATANG BURUK

Salam you alls,

Tau tak kueh apa ni?



Yea betul. Kueh batang buruk. Siapa suka? Msred tak berapa nak suka. Sebab berhabuk sangat.

Saja je nak pesan kat anak dara kalau nak pergi beraya rumah bakal mak mertua, especially yang baru first time tu, kalau bakal mak mertua hidang kueh batang buruk ni jangan makan.

Kenapa?

Bukan tak boleh makan. Makanlah. tapi make sure waktu makan tu jangan bercakap langsuang dan jangan sesekali bukak mulut sampai habis makan kueh batang buruk ni. Takut nanti tersedak ke habis tersembur habuk dia keluar dari mulut. Nanti buat terkejut bakal mak mertua je melihat tahap kesopanan kita. Anak dara makan tersembur-sembur kan buruk. Nanti bakal martua tolak markah baru tau. 

Note : Teringat kali pertama beraya rumah bakal mak mertua. Dengan rakusnya msred makan kueh batang buruk yang dihidangkan walaupun msred tak suka sebenarnya semata-mata nak ambil hati bakal mak mertua bila dia kata kueh tu dia buat sendiri. Sekali......


SATU BALANG DAH HABIS DATANG LAGI SATU BALANG

Salam you alls,

Semalam baru pergi beli baju raya untuk msred dan mr bf. Baju si kecik kiut bertiga dah beli awal-awal. Baju yang tua ni beli lambat sikit. Itu pun tak habis shopping lagi. Continue hari ni. Mesti ramai orang. Malas nak bersesak tapi dah pilih nak shopping last-last minit, hadap jela.

1 Syawal belum lagi tiba tapi satu balang kueh raya dah habis dikerjakan oleh msred, mr bf dan si kecik kiut Iffan dan Ian. Hhheee...Tak menyempat nak tunggu raya.

Semalam jugak dapat kueh raya tempahan. Satu-satunya kueh raya yang msred tempah sebab sedap melampau di tekak msred. Rm 27. Berbaloi untuk kueh raya sesedap itu. Kueh raya yang lain, nanti msred pergi kedai jual kueh raya, msred tunjuk je mana berkenan lepas mr bf bayar, lepas tu bawak balik rumah, lepas tu tengok je sampai raya nanti.

Yang ini beli untuk mak msred. Dia suka kueh ni. Tapi nanti msred jugak yang makan dulu. Hehheee..

Msred suka borong kueh raya pada malam raya.

Note : Baju raya msred yang dibeli semalam nak kena pergi tukar sebab besar.

DAH MULA TAK BANGUN SAHUR

Salam you alls,

Dah lebih tiga minggu kita berpuasa. Badan dah mula terasa penat sebab kurang tidur dan kurang rehat. Aktiviti seharian berjalan macam biasa. Pergi kelas, hangout dengan kawan-kawan, shopping. Pergi office, jaga keluarga, shopping. Tapi tiap-tiap hari kena bangun sahur. Bagi yang bergelar wife tu mesti kena bangun lagi awal, nak masak sahur. Hari-hari macam tu.

Sekarang ni kepenatan mula terasa. Mula dah skip sahur. Kalau awal-awal hari tu msred selalu dengar jiran-jiran yang terdekat bangun sahur. Sekarang ni dah senyap je. Msred pun dah mula skip sahur sebab dah tak larat nak bangun. Semalam tak sahur, tak tahan lapar. Hari ni msred gagahi jugak bangun sahur sebab takut tak tahan lapar. Disebabkam mr bf malas nak bangun, msred sahur sorang je, msred buat grilled cheese sandwich jer untuk sahur. Lepas tu minum Nescafe. Dah.

You alls masih rajin bangun sahur ke? Ke dah mula skip sahur? Atau memang dari mula puasa memang tak bangun sahur pun?

Ogos 26, 2011

ADDICTED TO ICE

Salam you alls,

Entah tak tau kenapa msred sejak zaman sekolah rendah lagi suka sangat mengunyah ais. Bukannya ais tu sedap pun, rasa plain water je. Tak de pun rasa vanila coke ke, oren ke, ribena ke. Tapi kalau msred mengunyah ais macam tengah melayan cinggam je. Terasa macam heaven sangat.

Msred ingat makan ais ni ada keburukan je. Rupa-rupanya ada kebaikan jugak. Ni la kebaikan ais ni....


1. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

2. Dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

3. Dapat menguatkan gigi.


Tak tau la macamana aiss boleh meningkatkan kecerdasan fikiran. Patutlah otak msred selalu cerdas je. Ngegegeee....

BUDAK LELAKI DIBIARKAN DALAM TROLI

Salam you alls, 

Kalau msred pergi Tesco msred selalunya akan kurung si kecik kiut Ian dalam troli supaya msred dapat membeli barang-barang keperluan dengan hati yang tenang. Kalau dibiarkan si kecik kiut Ian merayau mesti sekejap jer dah hilang. Suka sangat si kecik kiut Ian berlari ke sana sini tak tahu duduk diam. Daripada si kecik kiut Ian hilang, baik kurung dia dalam troli. Dia memang tak suka kena kurung dalam troli. Tapi kalau msred tak kurung dia, msred tak kan dapat beli apa-apa sebab ashik kejar dia yang tak berhenti berlari ke sana sini.



Stress je muka si kecik kiut Ian tu kena kurung. Si kecik kiut Iman pun sibuk nak turun dari troli.


Note : Picture di snap dengan Nokia 5530 Express Music LE.

SELAMAT BERCUTI

Salam you alls,

Mesti ramai diantara you alls yang last day class or last day kerja hari ni kan? Mesti ramai yang dah start cuti raya esok. Mesti seronok kan? Ada yang dah siap packing dah nak balik kampung weekend ni. Ada yang dah beli tiket bas nak balik kampung malam ntt.i jugak. Ada yang dah berjanji dengan kawan sekampung nak car pool balik kampung.

Seronok sungguh.

Msred nak ucapkan selamat bercuti pada you all. Siapa yang balik kampung tu, hati-hati di jalan raya. Buang ego dan baran kalau you all drive sendiri. Make sure tak drive waktu tengah ngantuk atau penat sangat. Jadi pemandu berhemah.

Pada yang naik public transport pun hati-hati juagk. Dont trust strangers tak tentu hala. Hati-hati dengan manusia yang berniat tak baik. Kalau naik bas jangan tidur mati, bahaya. Kita tak tahu niat orang sekeliling kita.

Sebelum mulakan perjalanan, baca doa ni....

Artinya : Dengan nama Allah aku berserah diri kepada Allah (1) dan tiada daya serta kekuatan selain pertolongan Allah(2)


Semoga perjalanan kita dilindungi dari esuatu yang tak elok, inyaAllah.

Ogos 25, 2011

ADAB MEMOTONG KUKU

Salam you alls, 

Sekadar mahu berkongsi. Artikel di cut and paste dari sini.



RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:




Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


AKTIVITI SATU SYAWAL

Salam you alls,

Lepas sembahyang raya, msred sekeluarga selalunya makan rendang mak msred yang super mabeles tu sambil berdiscuss nak pergi beraya lepas ni.

Lepas makan, aktiviti bersalaman memohon maaf zahir batin dengan mak msred, lepas tu dengan adik beradik msred sambil menghulur dan mengutip duit raya. Hheee..... Aktiviti bersalaman kita orang tak diiringi drama air mata sebab mak msred tak suka.

Kemudian, aktiviti mengambil gambar bersama keluarga besar dan lepas tu dengan keluarga masing-masing. My sisters semuanya dah berkeluarga sendiri. Cuma my younger brother yang belum cukup duit nak pinang anak dara orang. Time ni paling seronok sebab semua perasan retis ashik nak ambil gambar dia je. Msred sibuk mengarah dia orang posing macamni macamtu mengalahkan profesional photographer.

Biasanya, lepas selesai aktiviti bergambar mengalahkan retis, msred akan beraya ke rumah mak mertua yang dari rumah mak msred cuma 5 minit je.

Setakat ni, sejak bergelar puan ni, tiap tahun sama je. Pagi raya kat rumah mak msred lepas tu beraya ke rumah keluarga sebelah mr bf pulak di sekitar Klang Valley. Malam, balik rumah mak msred balik. Tidur sana.

Aktivit raya kedua ditentukan selepas calling-calling sedara mara dan bergantung pada mood.

AKTIVITI MALAM SEBELUM RAYA

Salam you alls,

Lagi kurang dari seminggu kita nak menyambut 1 Syawal. Mula dah terbayang kenangan malam raya. Apa aktiviti you all malam sebelum 1 Syawal tu? Lepas balik dari masjid, buat apa? Masak? Tengok tv? Berblogging? Main mercun?

Kebiasaannya, malam raya tu msred akan tolong mak msred masak rendang. Rendang mak msred memang terbaiklah. Kalau mak msred masak benda lain takde la sedap sangat. Biasa je. Tapi mak msred punya rendang, memang mabeles lah kat tekak msred ni. Tak de tandingan. Lagi satu sebab rendang mak msred spesel sebab setahun, cuma sekali je msred dapat merasa rendang dia. Time raya aidilfitri je. Time lain kalau msred request nak rendang mak msred, dia tak layan. Malas nak buat, katanya. Frust.

So time raya ni memang msred makan rendang mak msred sepuas hati.

Kalau ada bunga api, layan bunga api kejap.

google

Lepas tolong mak kat dapur, apa lagi. Layan tv la pulak. Selalunya tengok rancangan Sampaikan kat tv3. Sambil layan tv, msred akan iron baju baru aka baju raya yang nak dipakai esok. Siapkan semuanya malam raya tu supaya esok tak kelang kabut.

Bila mata dah tak tahan ngantuk dah, msred akan gosok gigi, basuh muka dengan Olay Total Effect, lepas tu tidur mati sampai esok pagi.

Tiap-tiap tahun, aktiviti malam raya msred lebih kurang camni lah. Sama je.

TIPS ELAK KAN SEMBELIT TIME PUASA

Salam you alls,

Masa bulan puasa ni, kita memang kurang minum air. Boleh kena sembelit tau. Lebih-lebih lagi kalau preggers macam Cik Yana.

Nak elak kan sembelit, masa berbuka, kita mulakan dengan buah-buahan, baru makan nasi. Kurma paling bagus. Lepas makan, minum air suam segelas. Kalau nak minum air manis minumlah. Tapi ait suam mesti minum sikit. Buat hari-hari kalau boleh. Time sahur pun buat jugak. InsyaAllah tak kena sembelit.

Kalau msred, berbuka memang mulakan dengan buah dulu baru makan nasi. Lepas makan, msred minum jer air susu coklat Dutch Lady ni. Dahlah super sedap. Dapat membantu proses penghadaman lagi. Memang laju jer keluarnya. Hhheeee....


Ogos 24, 2011

TEMA HARI KEBANGSAAN 2011

Salam you alls,

Siapa tau tema hari kebangsaan tahun ni, 2011? Tak tahu tak pe, msred bagitau je. Msred pun baru tau. Hehhee....



1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera




Orang ashik cerita raya jer sampai lupa hari kemerdekaan Malaysia kita ni termasuklah msred. Tapi kat rumah msred ada naik kan bendera Malaysia tau. Tak caye cuba tengok kat pagar depan.

Sambutan kemerdekaan kita tahun ni ditunda ke 16 September, sama dengan sambutan Hari Malaysia. 

So takde la perarakan 31 August nanti. Tak kan lah time raya nak berarak pulak. Mesti takde orang nak berarak dan takde orang yang nak tengok perarakan (orang melayu).

WORDLESS WEDNESDAY


BERAPA LAMA YOU ALLS BERBUKA PUASA?

Salam you alls, 

Kalau kita bersahur, biasanya laju je kita makan. Mata mengantuk, nak cepat solat lepas tu nak tidur balik. 5 - 10 minit siap makan.

Senario berbeza pulak kalau time berbuka. Setengah jam? Satu jam? Berapa lama masa yang you alls ambil untuk selesai berbuka? 

Msred tengok kat kedai makan, orang yang berbuka ramai yang habis dalam masa setengah jam je. Tapi ada jugak yang dah satu jam baru habis berbuka. Tak puas-puas dia orang makan agaknya. Berapa banyaklah agaknya dia orang makan. Banyak masa terbuang kat meja makan. Tak nak bangun. Makan je terus. Padahal  rasanya perut dia orang tu mesti dah kenyang dah. Tapi rasanya nafsu dia orang yang belum kenyang.

Jangan diikut sangat nafsu ketika berbuka. Kalau boleh memang semua benda kita nampak kita nak telan. Belajarlah makan macam Rasulullah SAW yang makan sekadar nak alas perut, bukan untuk sampai kenyang. Bila perut kita kenyang sangat, mata senang je jadi berat, badan mudah je jadi malas. Kita sama-sama tau akibatnya kalau badan jadi malas. Ibadah kita tak buat kan? Tak berbaloi kita tinggal solat kerana nak makan banyak.

Peringatan untuk diri msred jugak. 

Walaupun msred memang suka makan, tapi nasib baik msred bukan jenis yang makan banyak. Cuma nafsu msred yang suka makan sedap ni yang masih gagal dikawal.

LEMAH BILA DIJANGKITI VIRUS

Salam you all,

Hari ni msred last kerja. Esok cuti dah. You alls mesti masih kerja sampai hari Jumaat kan? Ada tak yang sampai hari Isnin?

Oleh kerana hari ni last msred dan beberapa budak opis kerja, masing-masing dah tak de mood. Kerja heaven punya banyak, tapi semua yang start cuti esok tu sebu je. Kerja pun jalan lambat je.

Mula-mula semangat msred datang opis pagi tadi macam biasa je. Tak delah sebu ke, tak de mood ke. OK je. Tapi bila tengok muka dia orang sebu je, lemau je, lama-lama msred pun dah mula lemau je. Last-last lepas rehat tengahari tadi msred tak buat apa-apa kerja pun. Ashik melayan games je. 

Tolong jangan bagitau kat bos msred yea. Nanti dia stress pulak.

TAK BALIK KAMPUNG

Salam you alls,

Dulu waktu study, setiap kali menjelang Syawal msred akan jadi pemerhati setia kawan-kawan msred sibuk beli tiket bas nak balik kampung raya. Sibuk kemas beg berisi baju raya baru dan buah tangan untuk keluarga di kampung bersedia nak balik beraya di kampung.

Bila cuti raya dah habis, msred akan jadi pendengar setia cerita kawan-kawan msred tentang kemeriahan beraya di kampung.

Ok, kampung msred kat Shah Alam. Memang dari dulu, msred tak balik kampung untuk beraya. Msred cuma beraya di Shah Alam, rumah mak. Sedara mara pun tak ramai, semuanya tinggal kat ibu kota. Msred cuma beraya kat ibu kota je lah.

Kali terakhir msred raya di kampung, masa sekolah rendah. Memang feel raya kat kampung lain dengan raya kat bandar. Raya kat kampung lagi best, kemeriahnnya lagi terasa. Kalau kat bandar kurang best sikit. Kemeriahnnya tak sama, tak se gah di kampung.

Teringin betul nak jadi macam dulu. Menjelang raya je sibuk dah nak balik kampung. Tolong bakar lemang, buat rendang. Kalau kat kampung persiapan satu Syawal dibuat bergotong royong satu kampung. Tu pasal meriah. Nak gotong royong buat persiapan raya kat bandar, mana ada orang nak buat.

Bila dah kawen, dapat pulak pasangan yang kampung dia pun kat Shah Alam jugak. So, tak de la merasa nak balik kampung jugak. Hhehhee.... Raya kat sini je la.

Note : Pernah jugak msred cakap kat mak msred, suruh dia beli rumah kat kampung. Suruh dia duduk kampung supaya nanti bila raya msred boleh balik kampung. Hheeee.....mak msred malas nak layan permintaan msred yang satu ni.

SAMPUL DUIT RAYA ANGRY BIRDS

Salam you alls,

Last week msred dah tukar duit raya, note RM 10 dan RM 5. Berapa keping tu takleh la citer. Kirim kat adik msred yang kerja kat Affin Bank.

Sampul duit raya pun dah beli. Tak pakai sangat yang bank bagi sebab kurang kiut. Simpan buat spare je. Yang beli punya kiut. Ni ha....

Yang ni msred punya. Sekarang kan msred tengah gilakan Angry Birds, sampul duit raya pun nak Angry Bird....



Yang ni mr bf punya....mata duitan betul...hheee.....

Semua ni dah isi duit raya dah ni. Kalau you alls nak tahu ada berapa ringgit dalam setiap sampul tu, you alls kenalah datang beraya rumah msred.

Ogos 23, 2011

MALAM TUJUH LIKUR

Salam you alls,

Malam tujuh likur mengikut kata waris terdahulu msred bermula malam ke 21 Ramadhan. Tanda bemulanya malam tujuh likur ni apabila penduduk kampung mula memasang pelita disepanjang jalan masuk ke rumah, sebagai mengalu-alukan kedatangan tetamu. 
google

Dalam malam tujuh likur ni, kalau zaman dulu, orang kampung akan pakat-pakat buat makan-makan menyambut malam tujuh likur. Siapa yang ada buat majlis biasanya akan pasang pelita sebagai tanda menjemput tetamu ke majlis mereka. Time ni memang meriah dan seronok.

Tapi sambutan macam ni dah tak dipraktik kan sangat lagi. Majlis maka-makan tu dah tak dibuat, yang tinggal cuma amalan memasang pelita di sekeliling rumah. Msred pun selalu kalau dah dekat nak raya tu eksaited nak pasang pelita sebab senang nak main bunga api. Hehhee....

You alls bua apa malam tujuh likur?

Note : Jangan sampai lupa cuba mencari Lailatulqadar yea kawan-kawan.

KUEH RAYA YANG PERTAMA

Salam you alls,
Baju raya, kasut raya, handbag raya, beg duit raya, tudung raya meti ramai yang dah beli. Kueh raya dah beli? Dah ada yang dah start makan kueh raya ke?

Semalam msred beli kueh raya ni yang msred dah lupa namanya. Kedai ni kat Kompleks PKNS Shah Alam. Setiap kali lalu kedai ni, bau dia orang bake cookies, muffins memang kasi msred terliur lah. 
Kalau time tak puasa tu msred selalu beli muffin kat kedai ni.Time raya dia orang ada jual 2 3 jenis kueh raya yang mabeles. Kueh raya yang ini menjadi pujaan hati msred. Dah tiga kali raya aidilfitri mred beli kueh raya yang sama di tempat yang sama. Rasa dia sama sedap dengan bau dia. Mabeles.



Oh yea, ni bukan stok raya. Ni stok msred nak makan sekarang ni lepas berbuka. Tak tahan nak tunggu raya sebab sedap sangat kat anak tekak msred ni. Stok raya nanti msred beli lagi yang lain.

ALL TIME FAVOURITE