Salam you alls,
Ada diantara kawan-kawan msred suka bulan puasa sebab dia orang kata nanti boleh lah kurangkan berat badan dengan berpuasa.
Ye ke dengan berpuasa dibulan Ramadhan ni kita dapat mengurangkan berat badan?
Kalau you alls tak tahulah. Mungkin kot. Tapi sepanjang hidup msred, setiap kali bulan Ramadhan msred tak pernah berjaya kurangkan berat badan. Senarionya dua kemungkinan je. Sama ada berat badan msred sama je tak berubah atau berat badan msred akan bertambah 1-2 kg lepas habis bulan Ramadhan.
Kenapa berat badan msred tak boleh turun di bulan Ramadhan? Sebab samada bulan Ramadhan ke tak, msred punya heavy mels tetap dua kali. Dibulan biasa msred makan berat dua kali, tengahari dan malam. Dibulan Ramadhan pun dua kali, waktu sahur dan berbuka. Kuantiti makanan yang msred ambil sama je, tu pasal berat badan tak boleh turun.
Kenapa berat badan msred naik lepas habis bulan Ramadhan? Sebab waktu berbuka msred tak dapat mengawal nafsu, makan macamlah dah seminggu tak makan apa-apa. Atau msred tak dapat berhenti makan dari waktu berbuka sampailah waktu nak tidur. Kejap-kejap pergi dapur ambil makanan. Kerana melayan nafsu makan, kuantiti makanan yang msred ambil lebih dari waktu bulan biasa, tu pasal berat badan bertambah.
Ada tak yang dapat mengurangkan berat badan time puasa bulan Ramadhan? Macamana you alls kurangkan? Skip sahur ke?
5 ulasan:
saya berbuka dengan kuih je. tapi banyak la. pastu tak makan. sebelum tido, minum susu dan sahur pun bangun bancuh susu dan minum susu je. Saya minum susu herbalife. Alhamdulillah. Perut saya bleh tahan.
MOHD NASER.com
msred, kita sama lar. hehehe. yg berbeza bab makan tu ja. sy makan, kentang stop terus. x ada nak smbung2 lg dah. :)
sama dengan la kite misred, dari dulu org ckp puasa leh susut tp sy puasa menten or bertambah huhuhu
sama la kita..huu,..hope dpt la trun kit masa bulan puasa ni.tp dgn gaya mkn,rasanya mkin naik nti.. :P
alamak...pompuan lagi kuat makan dari lelaki ker?
Catat Ulasan