Ogos 23, 2011

MEMALUKAN DIRI DI FACEBOOK

Salam you alls,

Lately selalu dengar cerita pasal pemilik akaun FB yang suka marah-marah, maki-maki, melahirkan rasa tak puas hati dekat wall FB.

Kenapa perlu begitu? Kenapa perlu meluahkan rasa marah dan memaki orang di laman sosial yang pastinya ramai yang akan baca. Marah dan maki seseorang di laman sosial itu pasti akan mengaibkan dia. Tapi kita kena ingat, kalau kita sesuka hati marah dan maki orang kat FB tu, indirectly kita akan menunjukkan perangai kita yang tak berapa nak cantik.

Dengan marah dan maki orang sesuka hati kat wall FB, kita akan nampak macam......

1. seorang yang baran. Orang sakitkan hati kita, kita terus nak melenting marah-marah. Takut nanti orang akan anggap kita ni memang jenis cepat marah. Bukan kah cara yang baik nak bagitau seseorang tu yang dia dah sakitkan hati kita adalah dengan berbincang dengan dia tanpa perlu adaorang lain untuk mencari penyelesaian. Tak perlulah canang satu kampung. Malu dia malu jugak kita. Kadang-kadang, dengan marah dan maki di wall FB, tanpa disedari kita membuka pekung di dada sendiri.

2. Seorang yang tak matang. Kalau orang yang dah matang dia tahu berfikir bahawa mengaibkan orang bukanlah penyelesaian kepada masalah. Malah ianya akan memburukkan lagi masalah. Orang yang matang tahu berfikir dan bertindak secara rasional, secara orang bertamadun yang berilmu.

3. orang yang suka menarik perhatian dan simpati orang lain. Orang berilmu selalu berpendapat bahawa kita yang suka bercerita secara lantang pada semua orang tentang masalah kita ni tergolong dalam kumpulan manusia yang suka kan perhatian. Ada banyak cara nak dapatkan perhatian. Tak perlulah kita guna cara yang boleh mengaibkan orang dan diri kita untuk menarik perhatian.

Itu sebab msred jarang update status kat wall FB. Msred selalu berhati-hati dengan apa yang msred nak tulis di wall FB msred. Takut backfired.

16 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

hurm.....

KuNanGKuNanG berkata...

diorang saje la nak tunjuk prasaan konon..xbaik tau...

safurara berkata...

rara pon same.sblm taip.pk dulu banyak kali.

Tanpa Nama berkata...

dorang bajet hebat kot. tu yg dok show off dalam FB jaa.

ah, untuk FB saya tidak ketagih macam mula2 buat.

dan juga. untung saya kurang reti marah orang. :p

kocix! berkata...

dorg tu kalo mara bukan nye gune bahase yg kaver2 tp ni direct terus maki hamun gune bahase carut bagai..pompuan lak tu kan..

hape2 tah.

cik fadh berkata...

ermm kadang nek meluat plak tgok status sehari dekat 11 12 status ;) hehe xbaek...

MizzTina berkata...

mmg bengang bila bc status fb cenggitu.. tu blm kes bongkak lagi.. grrrrrrr

Izzati Liyana Sabri berkata...

betul..macam budak-budak tak matang. saya selalu kalau sakit hati and tak kenal sangat org tu, unfriend jeh.

anismelon berkata...

anis pon same..anis tak suke sngt nak update status kat fb toh..tah mcm ape je..kadang kadang toh ade la gk..tp skang dah jarang sngt..huuu

zareliqa afiqa berkata...

sama lar..jrg update status kat fb tuh.on9 pun da jrg..duk kat belog ag bgus,=.=

pena rozie berkata...

PR pun jarang update status kat FB...

Nyamuk Terbang berkata...

err du zaman2 jahiliah pnh la buat mcm tue
haha

Takashi Manganji berkata...

setuju sgt2..

saya_arief berkata...

den jarang2 dah update status kat fb. selalu share link je kat fb.
:D

msredcheesecake berkata...

kocix, buat malu pompuan je...

mr thinker,status camni selalunya byk reply...tupasal diaorg uka...

zaty, senyap2 unfrenz sudah la ye tak...

fiqa, skang ni lebih suka duk kat blog

arief, samala kita...

speak on mind berkata...

itu lah fenomena nya...terutamanya dikalangan remaja kita yang tanpa segan silu mencarut dan menggunakan bahasa kesat di wall FB masing-masing. memang memalukan. mencerminkan keperibadian mereka.Sedih!

ALL TIME FAVOURITE