Salam you alls,
Semua orang tahu sekarang ni kes cerai makin bertambah-tambah kat Malaysia ni. Salah satu tanda sebuah negara semakin maju, kemudahan sosial bertambah-tambah menambahkan lagi dugaan untuk kita, termasuklah yang dah berkahwin.
Antara punca popular penceraian zaman sekarang ni adalah adanya orang ketiga, tak kisahlah lelaki ke perempuan ke. Sama saja. Tapi kebanyakan orang ketiga ni perempuan, berdasarkan pemerhatian dan pendengaran peribadi msred sendiri.
Yang membuatkan msred pelik ni, kenapa yea orang ketiga ni suka sangat status orang ketiga? Susah jugak jadi orang ketiga ni. Kenapa suka jadi orang ketiga ni? Best ke?
Pada msred, kalau perempuan tu dah tahu lelaki tu dah kawen tapi masih nak menjalin hubungan dengan lelaki tersebut, itu menunjukakan hati dia keras dan degil, tak mahu menghormati hak orang lain dan sanggup membina kebahagiaan atas penderitaan orang lain.
Tak cantik kan imej macam tu? Perempuan yang berperangai macam tu, mulia ke hati dia?
Tapi, ada jugak persoalan lain. Salahkah kalau perempuan tu jadi orang ketiga? Kan lelaki boleh beristeri empat.
Kalau ada perempuan nak jugak jadi orang ketiga, lakukanlah dengan cara yang baik. Hormatlah isteri dan anak-anak lelaki tersebut.
Msred tak boleh lah nak bagi tips macamana nak jadi orang ketiga yang baik. Belum nampak lagi caranya. Sebab setiap kali ada kes orang ketiga, si isteri pasti akan menangis, walau macamana baik sekali pun orang ketiga tu.
Bertindaklah dengan bijak dan matang. Cuba fahami perasaan orang lain.
Selamat berpuasa.
Selamat berpuasa.
5 ulasan:
x kemana rasanya kalau hidup atas kesedihan n kesengsaraan orang lain..tapi kkdg benda nih takdir kan....hmmm...susah nak komen tuh...
kebanyakan yang saya tengok org ketiga ni adalah dari kalangan yg terlebih umur..bukan nak menghina.. tapi jenis ni suami saya panggil desperate..tah la..
hurmm...sama2 la jg..
hukhuk.
tak nak title macam tu. mintak di jauhkan. -_-'
dd, tabah je tempuh dugaan....
rai, ye ke?
mk, jaga elok2....
kektus, tamau ada org ketiga tamau jadi org ketiga...
Catat Ulasan