Salam you alls,
Semalam cuti. Msred tak keluar kemana-mana. Cuma mengemas rumah besar-besaran. Basuh langsir, mop rumah, bersihkan kipas yang dah berhabuk setebal seinci. Penat tak usah cerita. Dah lah hari panas terik, dahaga sangat.
Sepanjang berkemas semalam, ada la dekat 10 kali mengeluh. Penat lah, panas la. Kalau mak msred dengar mesti kena bebel. Dia pantang betul kalau msred mengeluh. Marah dia macamlah msred baru lepas mencuri.
Muslim yang berilmu melarang kita mengeluh. Tak baik mengeluh. Kan mengeluh tu menggambarkan rasa tak puas hati kita terhadap sesuatu benda, perkara atau orang. Kalau kita kerap mengeluh, macam kita ni tak puas hati dengan semua banda. Ada je yang tak best di hati kita.
Bukankah kita ni sepatutnya bershukur dengan kurniaanNya dan bersabar dengan dugaanNya. Kalau kita tak berhenti mengeluh, nampak macam takde langsung kebaikan yang Allah kurniakan pada kita. Semuanya bencana je, tu pasal tak berhenti mengeluh.
Lagi pun, mengeluh ni boleh buat kita putus asa dan malas nak berusaha. Sikit-sikit mengeluh. Kejap-kejap mengeluh. Kalau mengemas rumah sikit dah mengeluh, lepas tu mula lah rasa malas nak mengemas. Kesimpulannya, banyak mengeluh boleh buat kita jadi malas.
" Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu. Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."
(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)
4 ulasan:
BTUL2..JGN MENGELUH...X BAIK...
ERM...
tol tu dear. jgn mengeluh. tp kan kekadang ada gak zie mengeluh...hehe
adat la toh mengemas..heeee..jgn mengeluh..xbaik..heee..
mcm la awk nie xngeloh..weee
mulut ni laju je nak mengeluh....sigh...
Catat Ulasan