Ogos 22, 2011

LEPAK DENGAN ORANG MUDA KITA PUN JADI MUDA

Salam you alls,

Tak tahu kenapa dari zaman study kat UNITEN dulu, orang yang nak berkawan dengan msred mesti budak-budak muda dari msred. Msred pun lebih senang berkawan dengan budak-budak muda dari orang yang sebaya atau lebih tua dari msred.

Bukan bermaksud msred tak de kawan sebaya dan yang lebih tua. Ada, tapi tak ramai.

Salah satu perbezaan ketara yang msred rasa bila berkawan dengan budak-budak muda berbanding yang lebih tua adalah perkara yang selalu dia orang bualkan.

Kalau dengan budak-budak muda, perkara yang menjadi topik perbualan mereka lebih santai, fun dan kurang memeningkan kepala msred yang dah memang pening ni.

Bila kat rumah, selalu pening kepala memikirkan macamana nak jaga keluarga dengan baik. Hari-hari berusaha jadi ibu yang baik. Pening tau. So bila lepak dengan budak-budak muda ni boleh relax sikit sambil cerita pasal baju, kasut, handbag, mekap. Boleh ketawa-ketawa. Release tension sikit.

Bila lepak dengan orang yang lebih senior dari msred ni, dia orang suka (bukan semua) cerita masalah rumahtangga lah, masalah anak nakal melampau lah, masalah badan gemuk tapi mulut tak mau berenti makan, masalah duit tak pernah cukup lah. Stress msred dibuatnya. Lepak dengan senior ni stress, dengan senior tu, tention. Pening kepala. kalau nak lepak dengan senior yang msred tau suka cerita problem dia, kena mentally prepared. Hheeee...

Kalau jumpa senior yang ceritanya santai jer, layan. Baru lah sehati sejiwa.

Kalau lepak dengan orang muda terasa muda je. Muka pun nampak muda sebab tak tensen.

Note : Mesti ada yang cakap msred ni perasan muda. Hahaaa.....ye betul. Msred selalu perasan muda. Jangan marah.

4 ulasan:

cheqna berkata...

of coz kene alway perasan muda tu salah satu motivasi untuk diri sendiri tu..=)

MizzTina berkata...

sm la.. MK pun suke lpk dgn budak2 muda ni..hehe

Anum berkata...

x pe ms red
kena sentiasa muda

nurshaf berkata...

haah kan,,org2 muda tak stress kot,, isu dia pon santai=isu gelak ketawa,,kalau yg sebaya/lebih tua,,dia nak sharing probs.

ALL TIME FAVOURITE