Ogos 21, 2011

MALAM-MALAM TERAKHIR

Salam you alls,

Sekarang ni kita dah masuk 10 malam terakhir Ramadahan. Dalam salah satu malam ni terdapat satu malam istimewa yang barangsiapa yang memperbanyakkan amalnya pada malam tersebut, dianugerahkan ganjaran yang berganda dari malam-malam lain.

Siapa diantara kita yang sedang sibuk mencari Lailatulqadar?

Siapa pula diantara kita yang sedang sibuk mencari kelengkapan raya? Atau bermalas-malasan dirumah kononnya terlampau penat dah tiga minggu berpuasa?

Inilah soalan yang diajukan pada peserta ceramah yang msred sertai hari Jumaat hari tu, sehari sebelum masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan.

Semua terdiam. You alls terdiam? Atau tersenyum senang sebab termasuk dalam golongan manusia yang sedang mencari Lailatulqadar.

Msred tak sibuk mencari kelengkapan raya. Msred juga tak sibuk mencari lailatulqadar. Ruginya kita.


5 ulasan:

myhatiku berkata...

mari lah kite same2 berusaha mencari malam lailatul qadar..

Izzati Liyana Sabri berkata...

yep. sama-sama muhasabah diri. seeloknya amalan kekal dan berterusan dari awal ramadhan. bukan setakat untuk mencari malam lailatulqadar. :)

Hafizin Jamil berkata...

sedang muhasabah diri...

fRaMe+LenSeS berkata...

cari lailatul qadar jum msred. hihi. ;)

msredcheesecake berkata...

zaty, kalau dapat tingkatkan lagi amalan pada 10 mlm terakhir....

ALL TIME FAVOURITE