Salam you alls,
Puasa semalam macamana? Rasanya dapat markah penuh tak? Dapat A ke dapat B? C?
Puasa msred semalam ada kelemahan. Rasa marah selalu je mengurangkan markah puasa kita. Bila perut lapar, hati kita cepat je rasa marah. Orang terlanggar kita waktu nak naik lif, kita marah. Orang yang janji dengan kita datang lambat 15 minit, kita marah. Orang terlupa nak signal nak masuk kiri waktu kat highway tadi, kita marah.
Sikit-sikit nak marah. Tak bagus cepat marah ni, nanti muka cepat nampak tua. Heeehhheee...
Dalam bulan puasa ni, apa kata kita amalkan membaca ayat Kursi, salah satu cara untuk melembutkan hati yang sedang marah.
Salah satu kebaikan ayat Kursi adalah....
Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
Selain dari melindungi kita dari perkara tak baik seperti gangguan syaitan dan makhluk halus, melindungi kita dari manusia yang berniat tak baik, ayat Kursi juga dapat melembutkan hati kita dari perasaan marah. Sama-sama kita amalkan, setiap kali hati mula nak rasa marah, cepat-cepat kita baca ayat Kursi. InssyaAllah, perasaan marah kita tu akan dapat kita jauhkan.
Kalau hati kita jauh dari perasaan marah, kita akan jadi lebih tenang dan happy. Barulah kita boleh enjoy puasa.
Selamat berpuasa.
6 ulasan:
td korie baru kutuk kfcm
khairul fahmi.. sbb putuskan tali pertunangan dgn tunang dia..
grrr=_= hari ni dapat D apa.
banyak kelebihan ayat kursi ni kan.
pg td dah marah sbb kete dpn lembab.he3..
kalau sudi tlg la vote tuk sy kat n3 ni ye.tq..
http://anaknegori.blogspot.com/2011/08/peserta-akhir-contest-kutuk-blog-atok.html
terima kasih atas perkongsian MRCC... :)
nice entri....
ayat kursi byk kelebihan=)
betul kak. kadang2 asyik nak termarah saje. thnks msred. ;)
korie, heeee...ramai yg kutuk dia...
kunangkunang, biasa tu...
sama2 hanis....
asma, true...
kektus, kelemahan kita semua...
Catat Ulasan