Salam you alls,
1. Disebut sebagai lebih baik daripada eribu bulan. Pada 10 malam terakhir Ramadhan, umat Islam perlu memperbanyakkan amalan seperti beriktiqaf di masjid, beristighfar, membaca al-Quran serta berqiamullail.
Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah ra berkata....
"Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), berunggug-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencamouri) isteri-isterinya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
2. Malam yang penuh keberkatan dan keistimewaan yang kerana al Quran diturunkan. Allah berfirman yang bermakud, "Sesungguhnya Kami menurunkannya (al Quran) pada lailatulqadar" Surah al-Qadr ayat 1.
Ibnu Abbas berkata, Allah menurunkan al-Quran sekaligus darial-Luh al-Mahfuz ke Baitul Izzah yang terletak dilangit dunia. Kemudian al-Quran diturunkan secara berperingakat kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun.
3. Pada malam itu malaikat turun ke bumi dan turun bersama-sama berkat dan rahmat. Malam itu juga Allah tetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah SWT yang makudnya, "Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah." Surah al-Dukhan ayat 4.
4. Allah SWTmengampunkan hambanya yang menghidupkan amalan lailatulqadar. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan (qiyam) dengan keimanan serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah maka Allah mengampuni dosa-dosanya yang lalu."
5. Rasulullah SAW berabda yang bermaksud, "Carilah lailatilqadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir." Riwayat Bukhari.
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai lailatulqadar yang berselisih pada waktunya, ia menunjukkan malam berkenaan berpindah-pindah setiap tahun. Oleh itu setiap muslim tidak sepatutnya melepaskan peluang daripada memanfaatkan malam 10 terakhir Ramadhan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa.
6. Lakukan amalan sunat seperti beriktiqaf di masjid dan memperbanyakkan solat sunat, membaca al Quran, tasbih tahmid, takbir, beristighfar, selawat dan berdoa.
7. Hadir majlis ilmu dengan mengulangkaji kitab-kitab hadis, tafsir dan sirah nabi dan mendirikan solat fardhu secara berjemaah di masjid amat digalakkan.
Pernah juga satu keika Rasulullah SAW sangat marah kepada mereka yang tidak mahu datang solat berjemaah dan baginda berabda yang bermaksud, " Kalaulah boleh , aku akan menyuruh semua kanak-kanak mengumpulkan kayu api agar aku boleh keluar mencari dan membakar rumah-rumah yang penghuninya bersolat dirumah mereka tanpa sebab yang dibenarkan."
Source : Harian Metro versi I pad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan