Salam you alls,
Tiga empat tahun lepas, memang jadi trend station radio Malaysia yang suka pasang lagu raya seawal first Ramadhan lagi. Lepas ditegur oleh sesetengah pihak kononnya tak sesuai kalau pasang lagu raya awal sangat, station radio sekarang pasang lagu raya selepas dua minggu berpuasa.
Ada macam-macam alasan yang diberikan, alasan yang paling popular takut staff kat office tak bersemangat nak kerja sebab ashik teringatkan raya jer. Hati dah mula rasa nak cuti raya. Productivity terganggu kononnya.
Msred malas nak komen pasal isu ni. Bagi msred pokok pangkalnya diri kita sendiri. Kalau dah memang malas nak bekerja di bulan Ramadhan sebab tak larat, mengantuk lah, kenapa salahkan lagu raya pulak kononnya punca kita jadi malas kerja? Msred ok je kalau dengar lagu raya. Mood kerja tak terganggu pun.
Memanglah bila dengar lagu raya hati jadi tak sabar nak raya, tapi tak de lah sampai jadi malas nak kerja. Kerja msred tetap berjalan seperti biasa, kadang-kadang lagi productive sebab kurang masa makan jajan dan kurang masa bergossip kat ofis.
Msred tak kisah pun kalau radio nak pasang lagu raya seawal first Ramadhan. Msred suka sangat layan lagu raya. Kita kan dengar lagu raya setahun sekali jer. Apa salahnya dengar lagu raya sebulan sebelum raya. Best ape lagu raya.
Note : Jom layan lagu faveret msred. Anuar Zain masa belum akil baligh.....hheeee
19 ulasan:
sy pun suka lagu ni klasik je kan hiks
saya tak salah kan lagu raya.tapi saya salahkan orang yang pasang lagu raya tu,sebab rasanya bukan soal mood tapi soal adakah anda tidak gembira dengan kedatangan ramadhan? adakah anda tidak sedih betapa bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini bakal meninggalkan kita? setiap saat sepatutnya dipenuhi dengan perbuatan yang dimulai dengan mengingati Allah,insyallah semua kerja dikira ibadah.
bulan ini khas utk umat nabi muhammad saja,umat nabi lain semua umur beratus-ratus tahun,sebab itu tidak dikurniakan dengan bulan yang kaya dengan timbunan pahala bagi yang menyedarinya.wallahua'lam :D
suke lagu sepasang kurung biru... :)
dd suka lagu raya yg zaman dolu2...sumer sedap2 didengar...;)
eh...tak terganggu pun psl produktiv kerja ke apa...lg hepi adalah...
cuma yg xsesuai nya lagu2 rya tu bleh buatkan org lupa psl ramadhan...mksudnya fadilat2 n kelebihan2 rmdhan,..ce tgk 2 mggu slps puasa, dh kurang org buat tarawikh kn,..
stakat ni ok lah dgr hot.dh tengah2 puasa baru pasang lagu raya.mcm suria.awal2 dh pasang.tah pape je.awal2 dh pasang.
camtu pon ada..kalau dah memang malas tu..pasang la lagu metalica sekalipun..lagu tu la jugak..huhu..
klasiknya
lida suka lagu ni kak sb minat habes ngn anuar zain hehe
kb tak de ternanti pun ari raya... lbih baik hargai bulan ramadhan ni...ramai org tak sbr nk raya dan biarkan ramadhan pergi
Sesegar, betul...tapi entry ini cuma bincangkan isu takde mood nak kerja bila dengar lagu raya...lagu raya tak mengganggu ramadhan msred pun...Jgn kerana raya keistimewaan ramadhan tak kita hargai...
Munna, betul tu...keistimewaan ramadhan jgn kita biarkan....rugi...
Kb, rugi
Ah diaorg tu...ramadhan akak tak terganggu dek lagu raya...
manusia suke menyalahkn org lain...sedangkn diri sendiri puncenye..haishh..he :)
suka gila dengar lagu anuar zain ni.hehe
MH, correct...melayu punya perangai...
miss A, meriah je lagu ni...happy...
it's okay kalau msred tidak terganggu dengan lagu2 raya.sangat bravo,tapi tak semua orang sama macam kita :)
lagu raya okay juga sebenarnya,cuma ia jadi lalai dek kerana liriknya yang lansung tidak menjurus kepada mengingati Allah,kan? hihhi
ishh..tak relevan sungguh alasan plg popular tu ek. bikin hati panas je baca...hehehe.
tol tu, ms.red. pokok pangkalnya diri sendiri. jgnnk salahkan lagu raya.
sesegar, lagu raya buat org ingat raya je, lupa ramadhan...pada yg terlupa u sama2 kita ingatkan...
zie, kita sendiri kena ingatkan diri kita...
Catat Ulasan