Ogos 21, 2011

TIPS WAJAH BERSERI

Salam you alls,

Dah nak dekat nak raya ni ada kawan msred siap pergi facial lagi nak bagi muka nampak cun time raya nanti. Beli make up barulah. Maklumah, perempuan. Muka mesti nak cun habis time raya. Nak pergi beraya bakal rumah mak mertua.

Msred pun nak jugak cun time raya nanti. Biar mr bf tengok cun jer msred ni walaupun dah anak tiga. Tapi msred tak de lah nak pergi facial bagai. Apa yang msred amalkan? Meh nak share.

Selain dari rutin biasa bersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit muka kita dan sesuai dengan masalah muka, kalau ada, kadang-kadang msred cuci muka dengan air beras putih basuhan pertama. Sebab kulit muka msred separa berminyak (combination) air basuhan beras pertama yang paling sesuai. Kalau boleh pilih beras yang putih tu, yang nampak transparent tu. Petua nenek moyang ni.



Lepas basuh dengan air beras tu, jangan lupa bilas dengan air bersih. Jangan tinggalkan air beras tu kat muka, nanti keras pulak muka tu kang.

Lepas basuh dengan air beras ni, muka msred memang rasa fresh sangat. Minyak kat muka pun kurang untuk satu dua hari. Kalau minyak naik balik, basuh dengan air beras lagi.

Tapi msred bukan replace pencuci muka dengan air beras, cuma tambahan kepada rutin biasa. Muka tetap kena cuci dengan pencuci muka jugak.

Try la. Mana tau sesuai dengan you alls.

- Posted using BlogPress from my iPad

9 ulasan:

cheqna berkata...

ouh...terima kasih untuk perkongsian ini..
kena try ni =)

deedee87 berkata...

sesuai tuk lelaki gak ker.. hehe

MerLe berkata...

sy penah wat gk..mmg menjadi...

Rin Saharina berkata...

hmm,nk try jgk la.muka rin pun jnis cmbination.

Kalamhati berkata...

tq msred..nk kena cuba gak ni sbb muka KH pun jenis berminyak di zon t dan kering kt bahagian pipi..huhu

Abby Salvatore berkata...

abby pon nak menerai lah..thanks for sharing msred...:)

myhatiku berkata...

nice sharing..thanks :)
smbil2 nk masak nasi basuh muka dulu..he

msredcheesecake berkata...

cheqna, sama2...

deedee, kalau rajin amalkanlah

merle, mesti kulit muka putih gebu nie hhee

shaharina, kh, abby, jom join msred

myhatiku, lepas cuci muka jgn lupa ambung maak nasi..hhee

fRaMe+LenSeS berkata...

kawan Nadh kata utk ubat resdung pn leh jugak. ;) Nadh dok wat jugak. tapi da lama tgl. hehe. nak mula balik la camni. ehhe. ;)

ALL TIME FAVOURITE